Friday, November 01, 2013

Muhammad bebas dr bantuan mesin oksigen

Setelah lebih 5 bulan menjadi penghuni NICU dan memerlukan bantuan alat pernafasan oksigen untuk bernafas..akhirnya Muhammad mampu bernafas sendiri.

Alhamdulillah..

Walau berat terkini 1.44kg sahaja...tp dah bole bawak kuar dr incubator yg kangroo care dan sesekali bf dia. pandai sgt. Alhamdullilah...syukur pada Mu Allah..

Wednesday, October 09, 2013

Al Fatihah...anak2 syurga

8 Oktober 2013

Seorang lagi baby boy pergi wat selama-lama nya..aku dtg melawat Muhammad kul 1tghari...masa nak cuci tangan, aku tgk si ibu memangku anak dan si ayah membacakan quran..terdetik kt hati...ok kah baby itu?? bukankah masih bergantung oksigen?? kenapa dibiarkan tanpa oksigen?? selesai cuci tangan, aku kembali ke incubator Muhammad, dan tanya dengan SN Huda...rupanya baby tu baru meninggal jam 12.30tghari. Lalu ku sapa si ibu mohon si ibu bersabar dan tabah..aku turut bersedih.. Semalam NICU mmg sunyi sgt...ramai kawan2 Muhammad dah boleh balik rumah...yg sebelah Muhammad ke IJN untuk check jantung.

Lepas maghrib dalam kul 7.40 mlm...aku dtg semula ke NICU menghantar pampers Muhammad yg tggl sikit. Dikesempatan itu, aku bertanya mana perginya baby yg sindromic tu...nurse maklumkan baby tu pun telah pergi awal pagi semalam. Ya Allah...

Kemudian dapat pula wataps dari ibu si kembar nadiah...dia maklumkan baby kepada ayahnya Anjang (aku rasa yg ibu yang keje kt JPA) sbb aku 2,3 hari tak nampak diorg dtg. rupanya2 baby tu pn dah meninggal....baby tu sebelum ini duduk sebelah Muhammad kemudian transfer ke bed 2 sebab jangkitan kuman..dan terpaksa guna ventilator..Ya Allah...

Damailah dikau di sana...wahai anak2 syurga...merekalah harta ibu bapa yang amat bertuah. Jangan tangisi pemergian mereka kerana itu yang terbaik buat semua. Mereka sedang tersenyum di syurga...tiba2 teringat kt arwah angah...anak kpd abg nizam dan kak shirah yang luekimia...Al-Fatihah

Thursday, September 19, 2013

Muhammad Akid Harraz

Muhammad Akid Harraz, nama yg kami pilih utk anak ke-3. Dilahirkan pra-matang pd usia kandungan baru mencecah 28 mggu. Lahir pada 22 Mei 2013 jam 3.20 petang secara ceaser di Hopital Putrajaya. Sehingga hari ini (19.9.2013), Akid masih dirawat di NICU, HPJ. Keadaan masih belum stabil atas sebab2 berikut : i. Paru-paru belom matang. Masih perlu bantuan oksigen mcm CPAP dan nasal prong (high flow) ii. HB rendah iii. Gula dlm darah rendah (hypo) iv. Berat badan yg lambat naik v. Kerap kena jangkitan kuman Kalau tanya sedih atau tak...mmg aku sedih..malah tersangat sedih. Setiap hari aku mengharapkan ada sinar gembira utk dia..ada perubahan baik pd dia. Dia anak yg aku kandung penuh dgn cabaran dan aku tau dia juga anak yg amat kuat. Kalau suatu hari nanti Akid dapat baca blog ni..ibu harap Akid faham perasaan ibu ketika ni. Ibu sayang Akid, sayang kakak Aina dan Iman juga. Ibu doakan Akid terus sihat dan membesar mcm kanak2 yg lain.

Wednesday, September 18, 2013

Lama tak blogging, rezeki, ujian dan redha

okla kt sini aku ringkaskan jek perjalanan hidup aku sekitar 2012 - 2013 10.10.2012 - aku saspek aku pregnant dan Alhamdulillah mmg btl aku pregnant. Kehamilan kali ni lebih mencabar sbb BP selalu naik tggi dan alahan lagi...tak pernah2 alahan. bila dkt petang jek mesti pening, muntah2..makan pn tak berapa sgt. Awal kehamilan aku n suami dh minta advise kt doc ttg risiko dgn high BP. Doc ckp ok teruskan dan kawal ngan ubat cair darah..utk kurangkan BP. Dalam menempuh minggu2 kehamilan tu..dah 3 kali dimasukkan ke hosp sbb high BP. 18.3.2013 - aku menerima lagi satu rezeki dari Allah swt..aku ditawarkan PPT N27 di MOE. Syukur sgt2. Nangis bila dpt tau walau pun aku tak terima surat tawaran tp rezeki masih ada sbb JPA call sndri aku minta aku dtg lapor diri. Memang tak sangka sgt tapi bila stat keje kt sana...aku jadi makin kurang sihat selalu demam, selsema, pening kepala dan BP makin teruk. Persekitaran opis pn kurang bersih. Masa ni la aku stat kuar masuk hosp dari bulan Mac lg. 3.5.2013 - aku dimasukkan ke hosp kali kedua. kali ni BP aku mmg high dan aku dh diberi ubat yg akan high dos. selama seminggu aku kt wad dan bila discharge doc beri aku MC selama 19 hari iaitu dari 3.5.2013 - 21.5.2013. Suka sgt sbb dpt rehat kt rumah jek. 21.5.2013 - aku ada appointment kt O&G, HPJ..bila wat scan..doc ckp air ketuban dah tak byk ada 5% jek lg..tapi BP hari tu tak tinggi..elok. Then doc wat dopler test lak...mmg nampak tak baik..rintangan dari uri ke baby dh tak bagus..terlalu byk rintangan utk smpkan nutrisi pada baby. dan doc ckp kalau ikut buku...dlm masa 3 hari, baby tak boleh survive...so, doc decide utk emergency czer. masa tu baru 28 minggu..means baby akan pramatang dan perlu bantuan oksigen (ventilator). Aku dah nangis2 mcm tak leh terima semua nie. tapi nak atau tak..nyawa baby terpaksa diselamatkan juga. Tapi masalah utama mesin ventilator tu lak takde kt NICU. Dh merata cari masih takde...aku dh kt labour room tggu masa jek utk di"czer". 22.5.2013 - setelah lebih 24 jam berpuasa...kul 3 ptg baru la aku dibedah dgn doa dan tawakal supaya aku dan baby selamat dilahirkan. Dalam bilik OT aku doa agar aku dikurniakan anak lelaki dan kebetulan mmg aku dan suami ambik keputusan utk ikat rahim...utk elakkan dr mengandung lg dan risiko yg sama. Maka lahirlah Muhammad Akid Harraz bin Izhar. Baby tak bole bernafas dan hari ke-3 baru aku dpt tgk baby sbb aku pn tak berapa stabil dek kerana efek ubat darah tggi yg high dos tu.

Thursday, February 21, 2013

ada bau la...erkkkkk...

tgh sedap kunyah baulu bentuk bunga nie...sambil layan blog masak...tiba2 kak sidah dtg...buang angin kt sini. pastu dia bole wat bodo jek...join aku tgk blog skali. aku dh ilang selera makan nie.....erkkkkk bau nyer tak tahan woooo...takkan aku nak tutup idung kot.....ker aku patut jek sound????? mcm tk smp ati lak.....so, akhirnya terpaksa ler tahan nafas....tapi seriyes bau nyer mmg buat aku nak muntah.......oiiiii tlg laa jgn wat lagi camnie...bole mati wooo...

Tuesday, February 05, 2013

dada berombak kencang...mata mahu menangis. terima kasih Ya Allah...

pagi ni ada miscol dr nombor 03888xxxxx dalam kul 8 pagi tadi. aku tertanya sape la yg call tapi ku endahkan kerana mahu segera menghantar aina ke taska. dalam kereta aina main angry bird dan aku kuatkan volume hp, biasa mmg ku silent je hp. panggilan yg ku tunggu dr dulu....panggilan dari SPA...Alhamdullilah. walau pun masih belom sah lg dpt...tapi peluang masih ada. Ya Allah...ampunkan lah dosa2 ku, ampunkan dosa suamiku dan seluruh ahli keluarga ku. Kau murahkan lah rezeki kami sekeluarga, Kau berilah rezeki ini...Kau terangkanlah hati2 kami. Amin Ya rabbil alamin...

Saturday, September 29, 2012

low carbs diet aka atkins diet

29.9.2012 pada umur baru ini aku telah nekad utk mulakan usaha aku utk diet. mmg tak pnh aku lakukan pn sebelum ni. tp dgn mengambil kira faktor kesihatan dan keluarga..aku gagahkan jua utk diet. menu hari ini : sarapan 1 biji telur rebus 2 ketul isi ayam (sebesar kotak mancis) 2 sudu kuah asam pedas (penyedap rasa) 1 cawan sayur campur 3 gelas air masak mkn tghari 1 biji telur rebus 2 ketul ayam grg zaiz biasa 1 ketul isi ayam (sebesar kotak mancis) 3 potong tembikai kuning (ni kantoi sbb aku dh lama x makan tembikai kuning) hehehehe 3 gelas air masak sayur aku tak mkn waktu tghari nie...sbb bajet nak wat kudapan waktu ptg nanti sbg snek..kot2 la craving nanti..apa pun aku dah berjaya skip nasi, tepung, mee dan y sewaktu dgn nya tanpa rasa lapar...:D menu malam nnti aku igt nk wt chicken grill dan sayur.ermmm...best diet nie..tgk hasil esok camner ada tak penurunan..at least 200 gram. tp klu boleh biar lah dpt 1kg...hahahaha...makin semangat ler aku nnti.. btw, semalam aku dh beli tau digital scale dr cosway..RM83.90 - harga ahli. kak zalina kasi...muahahhahaa...tu yg aku suka. berat aku nak tau berapa pg td aku timbang 88.7kg..ni berat plg dahsyat aku pnh ada...tahniah kerana berjaya membesarkan diri selama di putrajaya ni... okla apa pun ni sbg catatan aku jek, utk rujukan kemudian hari...semangat2.. p/s : selamat hari lahir utk diri sendiri..moga makin sihat, cantik, bergaya, anggun dan bahagia bersama keluarga tercinta..dan moga murah rezeki juga..Amin.