Thursday, September 19, 2013

Muhammad Akid Harraz

Muhammad Akid Harraz, nama yg kami pilih utk anak ke-3. Dilahirkan pra-matang pd usia kandungan baru mencecah 28 mggu. Lahir pada 22 Mei 2013 jam 3.20 petang secara ceaser di Hopital Putrajaya. Sehingga hari ini (19.9.2013), Akid masih dirawat di NICU, HPJ. Keadaan masih belum stabil atas sebab2 berikut : i. Paru-paru belom matang. Masih perlu bantuan oksigen mcm CPAP dan nasal prong (high flow) ii. HB rendah iii. Gula dlm darah rendah (hypo) iv. Berat badan yg lambat naik v. Kerap kena jangkitan kuman Kalau tanya sedih atau tak...mmg aku sedih..malah tersangat sedih. Setiap hari aku mengharapkan ada sinar gembira utk dia..ada perubahan baik pd dia. Dia anak yg aku kandung penuh dgn cabaran dan aku tau dia juga anak yg amat kuat. Kalau suatu hari nanti Akid dapat baca blog ni..ibu harap Akid faham perasaan ibu ketika ni. Ibu sayang Akid, sayang kakak Aina dan Iman juga. Ibu doakan Akid terus sihat dan membesar mcm kanak2 yg lain.

Wednesday, September 18, 2013

Lama tak blogging, rezeki, ujian dan redha

okla kt sini aku ringkaskan jek perjalanan hidup aku sekitar 2012 - 2013 10.10.2012 - aku saspek aku pregnant dan Alhamdulillah mmg btl aku pregnant. Kehamilan kali ni lebih mencabar sbb BP selalu naik tggi dan alahan lagi...tak pernah2 alahan. bila dkt petang jek mesti pening, muntah2..makan pn tak berapa sgt. Awal kehamilan aku n suami dh minta advise kt doc ttg risiko dgn high BP. Doc ckp ok teruskan dan kawal ngan ubat cair darah..utk kurangkan BP. Dalam menempuh minggu2 kehamilan tu..dah 3 kali dimasukkan ke hosp sbb high BP. 18.3.2013 - aku menerima lagi satu rezeki dari Allah swt..aku ditawarkan PPT N27 di MOE. Syukur sgt2. Nangis bila dpt tau walau pun aku tak terima surat tawaran tp rezeki masih ada sbb JPA call sndri aku minta aku dtg lapor diri. Memang tak sangka sgt tapi bila stat keje kt sana...aku jadi makin kurang sihat selalu demam, selsema, pening kepala dan BP makin teruk. Persekitaran opis pn kurang bersih. Masa ni la aku stat kuar masuk hosp dari bulan Mac lg. 3.5.2013 - aku dimasukkan ke hosp kali kedua. kali ni BP aku mmg high dan aku dh diberi ubat yg akan high dos. selama seminggu aku kt wad dan bila discharge doc beri aku MC selama 19 hari iaitu dari 3.5.2013 - 21.5.2013. Suka sgt sbb dpt rehat kt rumah jek. 21.5.2013 - aku ada appointment kt O&G, HPJ..bila wat scan..doc ckp air ketuban dah tak byk ada 5% jek lg..tapi BP hari tu tak tinggi..elok. Then doc wat dopler test lak...mmg nampak tak baik..rintangan dari uri ke baby dh tak bagus..terlalu byk rintangan utk smpkan nutrisi pada baby. dan doc ckp kalau ikut buku...dlm masa 3 hari, baby tak boleh survive...so, doc decide utk emergency czer. masa tu baru 28 minggu..means baby akan pramatang dan perlu bantuan oksigen (ventilator). Aku dah nangis2 mcm tak leh terima semua nie. tapi nak atau tak..nyawa baby terpaksa diselamatkan juga. Tapi masalah utama mesin ventilator tu lak takde kt NICU. Dh merata cari masih takde...aku dh kt labour room tggu masa jek utk di"czer". 22.5.2013 - setelah lebih 24 jam berpuasa...kul 3 ptg baru la aku dibedah dgn doa dan tawakal supaya aku dan baby selamat dilahirkan. Dalam bilik OT aku doa agar aku dikurniakan anak lelaki dan kebetulan mmg aku dan suami ambik keputusan utk ikat rahim...utk elakkan dr mengandung lg dan risiko yg sama. Maka lahirlah Muhammad Akid Harraz bin Izhar. Baby tak bole bernafas dan hari ke-3 baru aku dpt tgk baby sbb aku pn tak berapa stabil dek kerana efek ubat darah tggi yg high dos tu.