Thursday, November 30, 2006
nafas cinta - misha omar
menatap cahaya
jawablah pemuja
jika benar kau cinta
tanpa berkerana
bisikan ia buat ku
jika terbukti
rindumu
lama ku menanti
sabda rindumu kasih
membelai nurani
biar sempat ku bermimpi
keindahan malam seri
lalalalalalalala...
(korus)
cinta bukan kata
rindu bukan madah
dalam nafas
ku tersimpan cahaya
kalimah
cinta bersakti
melamar hati
yang suci
kalimah
cinta berperi
melanar kasih
ke sisi
kalimah
cinta sejati
menguji diri
di sini
kalimah
cinta terpatri
melayar hati insani
lalalalalalala....
redahkan gelora
cinta mendampar jiwa
biarlah terasa
dalam aman ceria
(ulang korus)
kalimah
cinta bersakti
melamar hati
yag suci
kalimah
cinta berperi
melanar kasih
ke sisi
Friday, September 22, 2006
SeLaMaT BeRpOSe...
kalau nak cakap pasal sembahyang terawih lak...aku sebelum nie tak pernah pegi pun...cuma sejak dok kat sini...rajin lak pegi...ye la mana tak nya kalau dulu...umah aku jauh dari masjid....kira cam susah sket ler nak pegi... apa nak citer lagi erk...bosan sket la..skrg nie...tgh ngantuk sebenarnya...aku tak tau nak wat per....so aku post ler kat sini...walaupun nampak cam takde apa2..
haa....nie nak masuk kes ngumpat lak nie...tu la pompuan balik2 keje nyer ngumpat jerk...tapi zaman skrg nie laki pun suke gak ngumpat.... oklah nak dijadikan citer..minah kat opis aku ler...ntah kena angin monsun mana ntah tetiba jer tak bercakap2 ngan org lain...dia cuma cakap ngan kawan yg dia rasa close jerk... dulu, aku pernah gak close ngan dia...tapi tu la... sebab aku takde kete kan....dia pun dah mula pandang orang yang ada kete. tak dinafikan dia nie sebenarnya materialistik gak...nasib baik ler dapat pakwe yg ada kete...tapi aku rasa kalau ler pakwe dia tu takde kete...mesti dia tak nak gak kat laki tu...dah ler tak berapa hensem sangat... kira hensem lagi ler kawan sekelas aku...izhar tuh....
yang kiteorg tak puas hati tu...apsal lak dia nak tarik muka seribu dan tak cakap ngan saper2 dalam satu unit kiteorg nie... tak paham betul la... dah ler keje saling berkaitan.... dia ingat dia tu best sgt ker erk...keje nyer kerani gak bukan pegawai pun....tak blah ler beb....dia nak org lain tegur/cakap ngan dia dulu...masak ler kalau cam tu....meluat lak nengok erk... ntah apa ntah... penin ler...hahahha....lantak dia ler....
okla chow....dulu erk....
Wednesday, August 30, 2006
coretan datin CT dan dato' K
usahkan mahu menyentuh hati,
mengintai cintanya juga tidak ku berani,
membiarkan masa menjadi saksi,
biar mencintainya tidakkan ku berhenti,
namun sebagai lelaki aku menyedari,
di hadapan ku bukan sekadar bidadari,
tetapi seseorang yang mahu ku jadikan isteri,
aku mahu menyintaimu sepenuh hati,
dan membawa cinta ini hingga ke mati.
Datin CT ;
sewaktu hati mahu di cinta,
yang ku cari adalah bahagia,
bila cahaya tersuluh di wajahnya,
aku merasa getarnya seluruh jiwa,
tak terbayang kelainan rasa,
mungkinkah ini destinasinya,
aku tidak pernah mencari,
namun yang telah kutemui ini,
adalah kasih sejati,
seorang lelaki dan suami yang kucintai,
memberiku dunia yang tidak pernah sepi.
Tuesday, August 29, 2006
fahamilah aku...
yang tak punya harta, rupa dan segalanya..
yang ada cuma sekeping hati yang tulus..
aku tak meminta apa pun darimu..
hanya..fahamilah aku..
aku ingin bersamamu selamanya..
jika engkau tercipta untukku..
aku jua tercipta untukmu..
terimalah seadanya..
fahamilah aku..
seorang perindu..
yang selalu merinduimu...
mencari...
aku mencari dia...
aku mencari cahaya...
kemana...bagaimana...
itulah persoalannya...
aku buntu...benar-benar buntu...
telah lama ku cari...
masih tidak berjumpa...
makin dicari makin rumit jadinya...
aku mencari siapa diri ini...
aku mencari dia yang abadi...
aku mencari cahaya dan sinar bahagia...
Ya...tuhan, aku mohon pada-Mu...
berkatilah hidup ku dan keluarga ku...
berikanlah aku cinta sejati...anugerah dari Mu...
Wednesday, August 23, 2006
senaman untuk anda sumer...
Tujuan : mengatasi rasa letih selepas terjaga dan membantu meransang tenaga untuk memulakan hari.
1. Lakukan posisi seperti ingin merangkak. Pastikan kepala, leher dan punggung berada pada aras yang sama.
2. Pastikan bahu tidak dikeraskan. Rapatkan dagu ke arah dada dan tarik otot perut masuk ke dalam.
3. Perlahan-lahan, bengkokkan tubuh seperti badan kucing. Tahan selama beberapa saat dan kembali semula kepada posisi asal.
4. Tinggikan punggung ke atas dan bentukkan tubuh seperti huruf V. Tahan beberapa saat. Kembali semula kepada posisi asal.
5. Ulangi gerakan ini sebanyak tiga atau empat kali.
Waktu 10.00 pagi (ketika sedang bekerja)
Tujuan : meredakan rasa tegang dan memperbaiki tumpuan terhadap kerja.
1. Duduk tegak di atas kerusi. Lunjurkan kaki mengikut keselesaan anda. Ratakan tapak kaki di atas lantai.
2. Dongakkan kepala sehingga telinga berada pada paras yang sama dengan bahu.
3. Angkat dada dan gerakkan kedua-dua belah bahu mengarah ke bawah. Pastikan gerakannya sama.
4. Luruskan kedua tangan pada sisi tubuh. Pastikan tapak tangan menghala ke bawah dan biarkan jari-jari merenggang antara satu sama lain. Gerakkan tangan ke belakang dan jangan bengkokkkan tubuh.
5. Tahan selama beberapa saat dan kembali pada posisi asal. Ulangi sebnayak tiga atau empat kali.
Waktu 1.00 tengahari (sewaktu rehat)
Tujuan : mencegah rasa penat seketika selepas penat bekerja. juga mengurangkan rasa lenguh pada bahagian pinggul.
1. Berdiri tegak, renggangkan kaki dan letakkan satu kaki di depan kaki yang satu lagi.
2. Rendahkan lutut. pastikan keadaan lutut berada selari dengan hujung tumit kaki dan ratakan tapak kaki pada lantai.
3. Pindahkan beban tubuh pada perut. tegakkan tubuh dan pastikan tubuh tidak bergerak.
4. Tahan posisi ini selama beberapa saat dan kembali semula kepada keadaan asal. lakukan gerakan ini sebanyak tiga atau empat kali.
Waktu 3 petang (ketika berehat selepas 2 jam makan)
Tujuan : mengelakkan penurunan tenaga selepas menghadapi makan tengahari. ia juga bagus untuk mengatasi rasa sengal pada leher.
1. Duduk tegak di atas kerusi. letakkan tangan kanan di belakang kanan tubuh.
2. Pastikan tubuh tidak condong dan wajah mesti memandang ke depan. pastikan bahu tegak.
3. Pusingkan leher ke bahu kanan dan pusingkan bahu ke arah dagu.
4. Tahan selama beberapa saat dan kembali ke posisi asal. ulangi gerakan yang sama pada bahu dan tangan kiri pula.
Waktu 6.00 petang (selepas selesai waktu kerja)
Tujuan : melegakan otot dan fikiran yang sudah terlalu letih bekerja seharian.
1. Berdiri tegak dan buka kaki selebar bahu. tegangkan otot perut.
2. Perlahan-lahan gerakkan pinggul ke arah kanan tubuh dan tahan selama beberapa saat.
3. Kembali semula kepada posisi asal dan lakukan gerakan yang sama pada sisi tubuh yang berlawanan.
Waktu 8.00 malam (ingin berehat atau ingin keluar)
Tujuan : memperbaiki postur tubuh dan otot massa.
1. Berdiri tegak dan buka kaki selebar bagi. tegangkan otot perut.
2. Bengkokkan paha dan lutut. depakan tangan untuk menyokong bahagian lutut dan kaki bahagian bawah. jika nada sakit punggung, berhati-hati melakukan gerakan ini.
3. Luruskan dan tegangkan paha anda.
4. Lakukan kembali gerakan tersebut sebanyak tiga atau empat kali.
Waktu : 10 malam (ingin masuk tidur)
Tujuan : merehatkan oto-otot sebelum tidur.
1. Berbaring di atas katih dengan mengiring ke kanan tubuh. bengkokkan tangan kanan dan letakkan di bawah kepala. bengkokkan juga kedua-dua lutut untuk menimbulkan rasa rehat pada tubuh.
2. Gerakan tangan dalanm bentuk bulatan dan perlahan-lahan.
3. Sesudah cukup satu pusingan, tahan posisi itu dan ganti dengan posisi tubuh yang berlawanan.
4. Ulangi gerakan ini pada bahagian tubuh yang satu lagi. buat dalam kiraan tiga atau empat kali.
Thursday, August 03, 2006
new office, new environment, new desk and so on...
maka, mereka2 yg dtg melawat unit aku nie pun selalu ler melepak kan diri mereka di desk aku...nak wat camner...tarikan paling tinggi...port paling baik...muhahahhaha...meja yg disediakan nie lak....agak besar...berbentuk L....ia memudahkan aku meletakan barang2 dan fail2 dengan kemas...berbanding ngan meja di ofis lama dulu.... dan satu lagi kelebihan...ofis nie jenis yang "close office" tu kalau belajar office management....tau ler...hehehhe. dimana unit2/seksyen2 dipisahkan dengan berlainan bilik atau ruang. tidak macam dulu....semuanya ada kat satu level.... sekarang tidak lagi...
hari nie dah masuk hari keempat bekerja kat sini...tapi keje blom lagi dapat dilakukan sepenuhnya...sebab fail2 semua masih belum dikeluarkan dari kotak oleh unit khidmat pengurusan...erm....lembab ler diorg tuh....dan satu lagi aircond kat sini sejuk giler...aku terpaksa bawak losyen bagi mengelakkan kulit terlalu kering..
dah ler tu....chow dulu erk.......
Saturday, July 22, 2006
no buddy perfect...
maafkan aku dan terima kasih sahabat...
Thursday, June 29, 2006
ye ke nih??
cinta lelaki umpama gunung, ia besar tapi konstan san sayangnya rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditepinya. cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sekajang jari, tapi tumbuh perlahan-lahan dalam diam-diam dan terus-menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.
keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perubatan kita. keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya.
Friday, June 23, 2006
ONCE - Dealova
aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu...
aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu....
karena langkah merapuh tanpa dirimu...
ooohh..karena hati tlah letih....
aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh...
aku ingin kau tau bahwaku selalu memujamu....
tanpamu sepinya waktu merantai hati...
oh bayangmu seakan-akan....
reff
kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku padamu..ooohh
seperti udara yang kuhela kau selalu ada....
**
hanya dirimu yang bisa membuatku tenang...
tanpa dirimu aku merasa hilang..........
dan sepi......
back to reff
Tuesday, June 20, 2006
Biarlah rahsia ...
berada di tempatku
membayangkan pahit manis berlalu
entah siapa yang tahu
mungkin annti kau jua merasakan
berdepan ddengan kata menyesakkan
takkan tugumu kebal
tiada pertimbangan
chorus
keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam
ku putuskan biarlah rahsia
semakin aku hidup dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata
bertulangkan dusta
ulang chorus
pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempatku
episod tersinggung tahap gaban...
aku : cc ada hak nak menilai keje sy. tapi saya tau saya buat keje atau tak. saya tak harapkan apa2 pun dari orang lain, dah cukup gaji yang yang saya dapat. saya tak reti nak bodek boss atau sape2. apa yang saya tau keje saya ikhlas. saya tak marah cuma kecewa sket. maaf le cc. tapi sbg orang bawahan dah jadi tanggungjawab saya untuk ikut perintah. kami pun ada perasaan yang perlu dihormati. apa pandangan orang lain yang dengar tadi? saya malu..malu sgt. teruk sgt ker sy? tak bagus ke saya utk capai tahap cemerlang bagi cc? maaf ye cc. kalau kata2 saya nie terlalu kasar. sy cuma xnak orang lain dapat nasib mcm saya gak. yang buruk disanjung, yang elok jauh dipandang. maaf sekali lagi. saya lebih suka berterus-terang. ampunkan saya.
cc : saya betul2 minta maaf. tak sangka awak begitu tersinggung. tak terlintas langsung nak memalukan/menilai prestasi kerja awak. niat saya hanya gurauan. mungkin saya tak sedar. terus-terang saya katakan selama hampi 1 tahun disini mmg prestasi awak cemerlang. sekali saya minta maaf dan berhati2 dgn gurauan saya.
aku : takpela, saya faham. kita manusia biasa kdg2 wat silap termasuk saya. saya pun harap cc terbuka dgn kami semua. saya minta maaf gak. saya pun tak sangka yang saya akan tersinggung. kalau saya salah, cc tegur la. saya tak kisah, asalkan kena carenya. saya pun tak nampak kesilapan sendiri. maaf ye cc. lupakan le apa yg jadi tadi.
cc : saya pun gitu. harap awak dapat maafkan saya. kalau saya over sangat tegur, insyaallah saya akan terima dgn terbuka. okla lega rasa hati ni.
Wednesday, June 14, 2006
aku tak paham betul ler...lakonan ke perubahan realiti??
umo dia nie dh menjangkau lebih 30an...memang kategori laki yg tak laku kot...kuang2...jahat nyer aku...dia tu renek jer susuk badan dia...kira cam comel2 je la org nyer....tapi muka takde la comel pun...yg pelik nyer satu2 nyer org kelate yang tak mengaku org kelate...dia ler... dah tu nak carik calon isteri...bukan main memilih lagi....sampai tak nak carik org satu negeri...dia malu ker haaaa? apa salahnyer kan? dia pernah bgtau kat opismate aku nie...dia nak carik calon isteri yang muka nyer bersih...comel jer masa bangun tido...ader ker??? nak comel camner kalau air liur meleleh jerk...rambut mesti gerenti berserabai kan...ader ker org nak tido ngan muka ber"make up" ??? mesti ler takde kan...tapi tak tau ler kalau dia suh isteri dia wat tuh nanti...
tiba2 lak gak...dia jadi rajin nak wat ot...dia tu niat nak bodek ke apa haa? tapi semua perasan perubahan dia tuh..tengok jer la sampai lama mana dia bertahan nak wat cam tu...tunjuk baik jerk...tapi kalau perubahan tu berkekalan..bagus ler takde la tercemar nama dan maruah unit HR nie...hehehahahaha...tapi pendek kata ramai ler yang tak puas hati pasal dia nih....
Thursday, June 08, 2006
apa erk...!!
kalau baca pun majalah2 cam tu aku cume tgk gambo2 jerk.....ha, ader kawan aku yg sorang ni lak...suka sgt baca novel...abis semua novel dia beli....berlambak2 novel dia...dah tu kedekut lak nak kasi org pinjam...ada ker patut? nak buat koleksi peribadi ler konon nyer...muahaha...nasib baik ler aku yg jenis tak suka sgt membaca...dari dulu lg...cuma kadang2 kalau aku bosan aku baca ler gak...tapi satu, dua jer la...boleh kira byk mana novel yg aku baca... tapi kalau novel yg citernye tul2 menyentuh perasaan....aku sanggup berjaga baca sampai pagi tuh...punyer ler ghairah nak tau ending nyer...tak sabo2 erk... kadang2 smp kul 3 pagi...tapi takpe la aku jarang wat cam tu....jarang sesangat ler....setahun sekali jer kot...muahahhaa...
baru2 nie aku baca novel...salam taj mahal...itu kan citer drama dlm tv tu kan..lakonan m.nasir, umi aida dan vanida...tapi dalam novel nie..ayat2 dan perkataan yg disusunkan lain..indah jer bunyi nyer....terharu aku baca...setiap ungkapan tu penuh ngan maksud tersendiri...bagi aku....penulis novel nie mmg ler berbakat...sampai boleh menyentuh perasaan org lain....benda2 macam ni boleh melibatkan emosi tau...kadang2 bila kita menghayati betul2....kita rasa macam berada di tempat watak dalam novel tuh...pastu aku selalu bandingkan citer tu ngan kehidupan aku skrg nie....banyak yg kita boleh pelajari...masa tu kalau baca citer yg sedih..aku rasa aku dah bertuah sgt....syukur sgt...tapi ye la...benda tu semua mungkin berdasarkan imaginasi dan pengalaman novelis tu sendiri....kalau boleh suatu hari nanti aku nak tulis citer hidup aku lak....tapi aku kan nyer pandai mengarang pun...masa wat esei time sekolah dulu2 pun selalu nyer bkn nyer dpt yg terbaik pun....pertengahan boleh ler...
ermm...baca novel gak salah satu cara untuk memotivasikan diri tau...kalau betul2 di"apply" kan ler. ia ler kalau citer2 yg sedih tu...boleh mendatangkan rasa keinsafan yang amat sgt...tapi bg orang2 cam aku nie...kejap je rasa cam tu..pastu hilang...hahhahahahaaaaa....
ermmmm...opis aku ni lak nak pindah kat bangunan lain...presint 3 tu...adoiii jauh nyer. susah ler lepas ni aku nak g pejabat pos.....nak kuarkan duit asb...heheh...yang paling utama susah ler aku nak anto duit express (money order) kat adik aku kat kg tu haa... dah ler opis baru tu jenis yang close opis...bkn open cam skrg nie...dok jer dalam satu bilik...pastu nak g unit/bahagian lain...kena keluar pintu...naik lif lagi....susah nyer...tak mesra alam langsung....nampak gayanye aku makin sunyi dan menyepi ler....takpe la ...mungkin ada hikmah di balik perpindahan nie..mana ler tau kan...boleh ambik angin tasik putrajaya lak lepas nie....
okler beb....aku tak tau nak taip apa lagi....chow...cin cau...kalau suke baca ler...kalau tak abaikan jerk....muahahhaaaaa...
Wednesday, May 31, 2006
kenapa dgn aku ??
minggu lepas 2 kali aku bermimpi...perkara yang sama...apa maknanyer erk.. dlm mimpi tu...aku menaiki keretapi..seumur hidup aku tak pernah naik keretapi...tapi bila setiap kali keretapi tu berhenti kat mana2 stesen..aku akan turun dan berjalan kaki sendiri...seakan aku tak mau kelewatan smp ke destinasi aku.. malangnya, aku tak dpt nak jangka ke mana destinasi aku...mimpi tu akan tamat bila aku dah letih berjalan dan keretapi yang aku naik tadi berhenti untuk ambil aku semula... apa tafsiran nyer aku sendiri tak tau...
kat umah pun aku lebih banyak dok dlm bilik jer dr berbual ngan housemate...sambil tgk tv.. kalau tgk pun aku cuma tgk citer yg aku suke jer pastu terus masuk bilik tanpa sebarang kata.. apa dah jadi sebenarnya?? dulu, aku tak macam nie? mungkinkah kerana peningkatan umur yang membuatkan personaliti dan karakter aku berubah?? atau masih ada masalah yang aku sendiri tak tau?? aku tak kisah kalau perubahan nie terbaik utk aku...tapi aku pasti org disekeliling akan rasa perubahan nie dan akan membuat andaian dan sangkaan tersendiri...aku tak mau sesiapa salah faham sebab aku sendiri tak paham apa yg sedang berlaku pada aku....
kepada kawan2...rakan2 sekerja dan juga org yg aku sayang, aku minta maaf andainya perubahan nie membuatkan kita semakin jauh...tapi aku harap sekadar berjauh dr mata bukan dari hati...
Friday, May 19, 2006
ermmm...camner erkk...dah lama aku tak post sesuatu kat blog nie... kadang2 cam takde idea nak tulis per.. bosan gak kenkadang... hidup aku lak macam biasa jer..cuma ader ler pahit manis kehidupan yang terpaksa aku lalui. pengalaman yg paling pahit dan pedih....berkenalan dgn org yg bergelar penjenayah....aku di tipu tentang identiti dia selame nie.. apa nak buat... semua tu mengajar aku tentang erti kehidupan..agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan. cuma aku masih belum dapat mencapai angan2 dan impian aku..... ada beberapa impian yang aku nak capai...tapi tak bleh ler citer kat sini erk....
Tuesday, March 28, 2006
Bab 9 – Penilaian Prestasi
Definisi penilaian prestasi – mondy and neo – sbg satu system penilaian dan semakan ke atas prestasi kerja mengikut tempoh2 yg tertentu.
Objektif
- utk meperbaiki perancangan gunatenaga khasnya dari segi penggantian, keperluan latihan dan mengenal pasti potensi pekerja
- utk tujuan pengambilan dan pemilihan pengkadaran penilaian preatasi menyediakan profail untuk meramalkan prestasi di kalangan peohon2 kerja di masa akan datang.
- utk memperbaiki kualiti semakan gaji
- utk memastikan keselarasan antara perlakuan pekerja dengan norma2 organisasi yg telah ditetapkan.
- utk menyediakan rekod abgi kes2 pembuangan penurunan pangkatan, rungutan atau rayuan pekerja2.
2 kategori dlm menilai prestasi :-
i. penilaian tidak formal
ii. penilaian formal
- 4 klasifikasi kaedah penilaian :-
a. kaedah perbandingan
- pemeringkatan
- perbandingan berpasangan
b. kaedah “skel linear”
c. kaedah gelagat
- kaedah gelagat gentingi
- kaedah pilihan terpaksa
d. pengurusan mengikut objektif
masalah yg dihadapi dlm menilai prestasi :-
i. menilai org bukannya prestasi – kecenderungan kpd org yg disukai shj.
ii. kesan ‘halo’ – penilai melihat sifat yg sgt menyerlah dr sifat2 yg lain samada semuanya baik atau semuanya tidak baik.
iii. prasangka
iv. kesilapan logic – kesan halo dan prasangka
v. pertengahan – menilai pekerja di peringkat pertengahan- kesukaran membezakan prestasi tinggi dan rendah.
vi. terlalu ketat atau terlalu longgar – dgn markah yg tinggi atau rendah shj.
vii. menilai dlm masa terdekat bkn sepanjang prestasi.
viii. stereotaip – penilai2 berada dlm kumpulan yg sama dan dgn tanggapan.
ix. penilai memanipulasikan system penilaian dgn tujuan tertentu sprt kenaikan gaji atau pangkat.
Ciri2 penilaian prestasi yg berkesan
i. kesahihan – system penilaian prestasi mesti mengukur sesuatu yg telah ditetap utk diukur.
ii. keboleharapan
iii. teknik temuduga
iv. tindakan susulan
bersambung…..
Bab 8 – Dorongan motivasi
Definisi Dorongan
Konsep dorongan :
- kehendak
- desakan
- tujuan
- maksud/niat
- latihan
motivasi seseorang untuk mengarahka tindakan kpd sesuatu bentuk perlakua sanagt besar dipengarui oleh :-
- kepercayaan bahawa perlakuan yang diinginkan adalah mungkin munasabah (jangkaan 1)
- kepercayaan bahawa perlakuan tersebut akan mendorong kpd ganjaran tertentu (jangkaan 2)
- indicidu tersebut meletakan nilai yg positif terhadap ganjaran-ganjaran tersebut (tarikan)
Kelemahan teori jangkaan
- teori sangat rumit akan menimbulkan masalah
- sukar diuji
- sukar untuk dikira dengan tepat
Kebaikan teori jangkaan
- jangkaan 1 – berguna dlm soal pemilihan dan latihan
- jangkaan 2 – prestasi mestilah ditetapkan dengan ganjaran yang positif
- tarikan – sesuatu ganjaran yang diberikan mestilah benar2 bermakna kepada pekerja.
Teori Pengukuhan
- diutarakan oleh B.F. Skinner.
- Prinsip – perlakuan manusia adalah fungsi kpd kesannya.
- the law of effect - “perlakuan yang menghasilkan kesan yg dinigini berkemungkinan akan dlakukan lagi (diulangi) manakala perlakuan yg menhasilkan kesan yg kurang diingini kurang kemugkinannya akan diulangi lagi.
- 3 komponen utama – ransangan, tindakbalas dan…
Produktiviti – diukur dari segi hasl iaitu barangan atau perkhidmatan.
Teori Dorongan
- 2 pendekatan – teori kandungan dan teori proses
teori kandungan
- teori keperluan bagi dorongan kerja.
- menekankan soal2 berikut :-
i. mengenalpasti kehendak dan panduan yang dimiliki manusia
ii. bagaimana kehendak2 dan penyebab2 tersebut diberikan keutamaan
iii. jenis2 galakan (insentif) dan tujuan yg ingin dicapai oleh pekerja dgn memuaskan.
- contoh teori – teori hiraki keperluan maslow dan dua factor herzberg
teori proses
- menenkankan kpd suatu proses yg mana melalui proses tersebut hasil2 menjadi sesuatu dikehendaki dan diteruskan oleh individu.
- contoh teori – teori jangkaan vroom dan teori pengukuhan skinner
Teori hirarki keperluan maslow
- lima peringkat keperluan dlm diri individu yang disusun mengikut hirarki.
i. fisiologi
- keperluan asas utk memastikan manusia terus hidup sprt air, makanan, tidur dan lain2 lg. mesti dipenuhi sebelum keperluan lain.
ii. keselamatan
- keperluan terhadap kebebasan dari kebimbangan, keperluan terhadap kestailan, arahan, perlindungan dan undang2.
iii. kasih sayang
- merujuk kpd keperluan terhadap hubungan manusia, kasih sayang, cinta dan mendapat tempat dalam keluarga dlm kumpulan sosial.
iv. penghargaan
- melalui penghormatan diri, penghargaan, dan penilaian positif dari orang lain.
v. pencapaian hasrat diri
- perubahan potensi keupayaan kepada peringkat yang lebih tinggi.
Rumusan teori maslow
- keperluan di peringkat lebih rendah mestilah dipenuhi terlebih dahulu sebelum individu di dorong kpd perinkat yang lebih tinggi.
- apabila sesuatu keperluan telah dipenuhi, keperluan lain mula menjelma dan mempengaruhi perlakuan individu.
- pemuasan sebahagian daripada keperluan sudah cukup utk mendorong individu kpd keperluan yg satu lagi.
Teori dua faktor herzberg
- dikemukakan oleh Fredrick herzberg.
- mengaitkan dgn 2 faktor iaitu factor yg mendorong kpd rasa kepuasan dan membezakannya drp faktor2 yg mendorong kpd rasa ketidakpuasan.
- faktor2 yg menghasilkan kepuasan kerja sbg pendorong/pemuas (motivators/satisfiers).
- berkait rapat dgn kandungan kerja – pencapaian, pengiktirafsn. Keadaan kerja, tanggungjawab dan peningkatan diri.
- berkait rapat dgn persekitaran kerja – pentadbran dan dasr organisais, penyeliaan, hubungan sosial, bayaran gaji dan jaminan kerja.
bab 7 – kemajuan dan kenaikan pangkat
Faktor2 atau kaedah mencapai kemajuan kerjaya :-
i. prestasi kerja
ii. pendedahan
iii. pindah
iv. kesetiaan
v. mentor
vi. subordinate utama
vi. pengalaman yg berbagai
kenaikan pangkat
- perlantikan dari suatu jawatan kepad satu jawatan yang lebih rumit dan lebih tinggi tanggungjawabnya serta perubahan nama jawatan dan pertambahan gaji.
Kaedah dan criteria kenaikan pangkat :-
i. kekananan
kebaikan :
- satu fakta yg tidak boleh disangkal
- lebih pengalaman dan melayakan
- proses yg adil dan saksama kerana setiap org berpeluang
- boleh meransang morale kerana setiap org berpeluang apabila tiba masanya
- menarik minat kakitangan luar
kelemahan
-tidak semestinya terbaik dari segi kecekapan bekerja
- kurang berusaha memajukan diri
- tidak sempat ukt naik pangkat dah tiba waktu bersara wajib
ii. kemerlangan diri (merit)
- penilaian peribadi (personel) ketua jabatan
- peperiksaan kenaikan pangkat
- penilaian prestasi
Bab 6 – Latihan dan pembangunan kakitangan
Matlamat latihan dan pembangunan :-
i. mengintegrasikan pekerja2 dgn organisasi melalui latihan, pembangunan, motovasi dll.
ii. meningkatkan produktiviti melalui peningkatan kemajuan sumber, mengurangkan penyeliaan dan sebagainya.
iii. latihan untuk mencegahkan sesuatu yang tidak diingini dan campur tangan pihak ketiga
iv. untuk meningkakan komunikasi industri
v. meransamg arah tujuan yg baru melalui kreativiti, pencapaian kaedah, proses dan objektif yg lebih tinggi.
vi. meningkatkan fleksibiliti dan kestabilan organisasi
vii. meningkatkan kepuasan individu
halangan kepada latihan :-
i. kepuasan diri
ii. kegagalan untuk mengiktiraf keperluan latihan
iii. tentangan terhadap jurulatih
kaedah latihan
i. action learning
ii. business game
iii. demonstrasi
faedah latihan
i. penggunaan staf yang lebih baik
ii. penggunaan loji, jentera kelengkapan dan system yang lebih baik
iii. meningkatkan prestasi
iv. kadar ketidakhadiran kakitangan yang lebih rendah
v. meningkatkan kepuasan pengguna
kepentingan latihan dan pembangunan
i. pembangnan yg lebih cepat kea rah prestasi kerja yg sepenuhnya.
ii. meningkatkan output
iii. meningkatkan taraf perkhidmatan
iv. meningkatkan kualiti
v. kurang pembaziran dari sgi masa, material, personel dan kewangan
vi. penggunaan peralatan yang lebih sempurna
vii. kurang pengalaman
viii. kurangkan kos
ix. kurangkan keperluan penyeliaan
x. meningkatkan morale
xi. dapat mengenal pasti potensi pekerja
Bab 5 – induksi
Definisi induksi
- satu proses yg berterussan yang bermula ebaik saha apaila pekerja memulakan khidmatnya dengan majikan. Menitikberatkan persoalan dati sedi mmeperkenalkan atau mengorientasikan pekerja baru kepada oragnisiasi.
Objektif induksi
- memperkenalkan pekerja baru dalam hal2 berikut : tugas, suasana kerja, aspek kebajikan dan keselamatan, suasana umum pekerjaan dan aktiviti unit dimana pekerja akan bekerja
- akan berpeluang untuk mengenali pekerja
prinsip2 yg perlu diberi perhatian :-
fasa 1
- dikendalikan oelh kakitangan unit personel
- keluaran syarikat
- faedah pekerja
- keselamatan
- tempoh percubaan
- catitan masa
- cuti
- kemudahan yg disediakan
- prosidur menyelesaikan masalah
fasa 2
- dikendalika n oleh penyelia berdakatan
- memperkenalkan pekerja baru kepada rakan sekeja
- melawat sekitar jabatan
- prosidur pengagihan
- jam kerja
- kerja lebih masa
- prosidur masuk bertugas
- waktu rehat dan waktu makan
fasa 3
- program susulan
- dikehendaki beberapa minggi kemudian
- temuduga akan dijalankan samada oleh penyelia atau pakar prodefional
- untuk melihat organisasi : kepuasan pekerja terhadap tugas dan kepuasan penyelia terhadap pekerja
Bab 4 – Pemilihan kakitangan
- merupakan proses yang melibatkan dua pihak iaitu organisasi dan calon dan keputusannya samada calon diterima atau menolak tawaran tersebut. Kedua2 pihak memainkan peranan yang aktif dalam setiap tahap pemilihan.
Faktor yang perlu diambil kira :-
i. ditentukan melalui maklumat yang diperolehi melalui analisa kerja.
ii. menepati diskripsi kerja dan spesifikasi personel.
iii. Memilih calon yang terlatih atau belum terlatih
iv. keadaan pasaran buruh semasa
v. jumlah dan jenis calon2 yang berjaya ditarik melalui proses kempen pengambilan yang dijalankan organisasi.
Proses pemilihan
i. borang permohonan
ciri2 borang :
- kelayaakan
- pengalaman lalu
- sebab2 berhenti
ii. temuduga
kegunaan :-
- cuba mencari org yg terbaik utk memegang jawatan berkenaan
- utk mendapatkan maklumat tambahan daripada pemohon
- memberi maklumat tentang organisasi
- supaya pemohon merasakan mereka telah diberi peluang yang adil
Prinsip2 temuduga :
- Persiapan untuk temuduga
- suasana (setting) utk temuduga
- kaedah temuduga
- menamatkan temuduga
- penilaian
jenis2 temuduga
i. temuduga secara individu
ii. panel temuduga
iii. lembaga pemilihan
i. skop dan relevan yg terhad
ii. kesilapan dan penilaian penemuduga
- kesan halo
- stereotyping
- penilaian yg tidak tepat ttg kualiti yg abstrak
- skop dominasi penemuduga
- central tendency
- contagious bias
iii. kebolehanpercayaan dan kesahihan dlm temuduga pemilihan
memperbaiki temuduga
- gunakan format berstruktur dgn soalan2 yg sama atau serupa kpd semua calon
- penemuduga perlu mencari maklumat
ketepatan temuduga
- rakaman video bentuk2 ujian pemilihan
i. ujian kecerdasan
ii. ujian aptitude/kebolehan
iii. ujian pencapaian
iv. ujian minat
v. ujian personality
pemeriksaan fizikal
i. utk menentukan keupayaan fizikal pemohon
ii. utk memelihara organisasi terdahap apa2 tuntutan atau tindakan undang2 bg kerosakan fizikal pekerj a
iii. utk menghalang organisas dari dimasuki penyakit berjangkit.
Kontrak pekerjaan
- nama jawatan
- tugas yang dilakikan
- tarikh mula kerja
- gaji – cara bayaran, kadar bayaran lebih masa dan kerja syif
- jam kerja, jaual kerja syif dan masa rehat
- cuti bergaji, cuti umum dan penetapan dari cuti
- pencen, epf, perkeso
- prosidur disiplin dan penyelesaian masalah, keahlian, kesatuan sekerja dan persatuan kakitangan
Thursday, March 23, 2006
Bab 3 – Pengambilan Kakitangan
Definisi pengambilan kakitangan
Flippo - merupakan proses mencari bakal calon-calon pekerja dan seterusnya meransang mereka untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh organisasi.
Hellriegel @ slocum – pengambilan kakitangan sebagai pencarian pekerja-pekerja samada dari dalam dan luar organisasi untuk memenuhi kekosongan jawatan. Objektif utamanya untuk mendapatkan pekerja2 yang berkelayakan tinggi dengan kos yang paling rendah.
pengambilan kakitangan adalah proses menarik seramai mungkin calon-calon pada masa yang sesuai selaras dengan aktiviti2 yang telah dirancang.
Tujuan
- untuk menggalakkan calon-calon yang berpotensi untuk memohon jawatan2 kosong yang ada dlm sesuatu organisasi.
- calon yang ramai akan meningkatkan peluang memilih calon2 yang berkelayakkan.
Sumber pengambilan kakitangan
- sumber dalaman
- sumber luaran
kesan jangka pendek – morale pekerja akan menurun
jangka pangjang – organisasi sering menafikan potensi dan kemahiran dalaman akan menghadapi masalah menarik pekerja2 baru.
Kaedah pengambilan dari sumber dalaman
- dimulakan pencarian dari data bank personel.
- memaparkan peluang2 jawatan kosong di papan kenyataan atau bulletin organisasi.
- sesuai untuk calon yang mempunyai kelayakan tertentu.
Kaedah pengambilan dari sumber luaran
i. institusi pelajaran
- sumber kakitangan baru yang baik
- akan cuba mewujudkan hubungan baik dengan institusi pelajaran
kebaikan
- sumber graduan baru
- tidak mahal dan mudah dari segi pentadbirannya
- perkhidmatan percuma dari pihak institusi
kelemahan
- calon lebih minat mendapatkan maklumat bukan memohon jawatan kosong
- terlalu ramai calon yang datang – jadual fix
ii. perkhidmatan pekerjaan awam
- kebanyakan kerajaan negeri dan persekutuan ada menyediakan perkhidmatan ini.
- mengendalikan kes2 calon yang mengganggur.
kebaikan
- calon2 dari seluruh negeri
- badan ini mempunyai tanggungawab sosial
kelemahan
- calon terdiri drp pengganggur yang tidak mempunyai pengalaman kerja
iii. agensi pekerjaan swasta
- berbeza dari segi membayar upah perkhidmatan pencarian pekerja2.
- jika menggunakan headhunter, upahnya dibayar oleh organisasi dan tumpuan pada jawatan professional.
- perkerjaan biasa akan mendapatkan upah dari pencari kerja.
kebaikan
- calon boleh ditermui secara langsung
- berguna jika majikan tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang khusus
- boleh ambil kakitangan dari luar Negara
kelemahan
- kosnya tinggi
- calon2 yang berpotensi dan di luar rangkaian hubungan ‘headhunter’ tidak mudah dperolehi.
- calon2 yang kekal dlm senarai headhunter mungkin dipanggil kembali.
iv. Pengiklanan
- boleh dilakukan melalui : akhbar, radio, televisyen dan internet.
- sesuai bagi jawatan teknikal disiarkan melalui akhbar.
Kebaikan
- dapat disebarkan secara meluas
- sedikit pembaziran
kelemahan
- bergantung kepada pengiklanan yang sesuai ; akhbar dan majalah dgn sasaran calon.
Faktor2 luaran yang mempengaruhi proses pengambilan kakitangan
i. peraturan dan dasar kerajaan
ii. kesatuan sekjer
iii. pasaran buruh
Faktor2 dalaman yang mempengaruhi pengambilan kakitangan
i. dasar organisasi
ii. imej organisasi
iii. syarat pengambilan kakitangan
Analisa kos faedah dalam pengambilan
i. pertimbangkan kebaikan mendapatkan pekerja-pekerja baru dari sumber luar
- mendapat idea2 baru
- mempunyai peluang yang lebih tnggi untuk mendapatkan calon yang paling layak
- dapat mengurangkan pertelingkahan dalaman
- mungkin mendapat rahsia pesaing
ii. pertimbangkan kebaikan mendapatkan pekerja-pekerja dari sumber dalam
- dapat menaikan morale pekerja
- melibatkan kos yang lebih rendah
- pekerja2 memerlukan masa penyesuaian yang lebih pendek
- penilaian keupayaan lebih menyakinkan
iii. alternative kepada pengambilan kakitangan
- menjadualkan tugas2 dengan baik
- subkontrak
- pekerja sementara
Bab 2 – Perancangan Sumber Manusia
Kepentingan Perancangan
i. sebagai asas tindakan untuk program sesuatu yang lebih strategik
ii. sebagai alat komunikasi dan kawalan perancangan
iii. sebagai penganalisa – analisa data-data dalaman dan luaran untuk proses pembentukan strategi
iv. sebagai pemangkin – timbul soalan2 yang sukar bagi mencabar pemikiran pengurus lebih kreatif
Definisi perancangan sumber manusia
- langkah2 penyediaan sumber manusia dengan mengambil alih kualiti sumber dan kuantiti sumber dan seterusnya membekalkan sumber ini tempat pasa masa ia diperlukan.
Proses penyediaan perancangan sumber manusia
- Pegawai dan kakitangan bertanggungjawab terhadap time study (kajian masa piawaian yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugas) dan kawalan pengeluaran.
2 faktor penting yang menjadi pertimbangan pihak perancangan sumber manusia ialah tentang kualiti dan kuantiti sumber manusia.
- menyediakan sumber manusia yang berkualiti dan tepat jumlahnya pada masa ia diperlukan.
Analisa persekitaran
- merujuk kepada persekitaran dalaman dan luaran.
Bab 1 - Pentadbiran Personel
Pentadbiran personel - merupakan satu bidang pengurusan yang melibatkan penggunaan kemahiran pekerja-pekerja secara berkesan dan seterusnya menjadikan pekerjaan itu sesuatu yang memuaskan.
Tanggungjawab pengurus pentadbiran personel :
i. menemuramah
ii. memberi ujian
iii. mengadakan kempen utk mengambil pekerja
iv. membuat keputusan tentang skill gaji
v. menilai prestasi kakitangan
vi. mengadakan latihan untuk kakitangan
vii. pengurusan kebajikan pekerja seperti kwsp, pencen dll
matlamat fungsi personel – definisi dari Flippo
-untuk memenuhi atau mencapai kepentingan objektif individu, organisasi dan masyarakat.
1. fungsi pengurusan
- perancangan
- pengorganisasian
- arahan
- kawalan
2. fungsi operatif
- usaha mendapatkan pekerja2
- pembangunan pekerja2
- ganjaran
- integrasi
- mengekalkan keadaan sedia ada – komunikasi baik, kebajikan & keselamatan
- pengasingan – pencen & kwsp
i. sebagai penasihat dasar dan pelaksanaan
ii. sebagai perancang
iii. sebagai koordinator dan mengawal perlaksanaan serta prosedur sumber manusia
Tuesday, February 21, 2006
cit chat...
Ermm...apa aku nak taip erk...aku sebenarnya takde idea tapi ntah ler sajer nak mengisi ruang yang dah lama aku tak kunjungi nie. korang tanya ler aku...baru ler aku tau camner nak citer....hehehe.... okla aku citerkan pengalaman aku chat kat dalam chat room ler ye... aku mula menceburkan diri dlm chat nie sejak belajar dulu...masa tu guna mirc jerk...then, aku stop sebab dah dpt keje kat sini.... masa keje lak biasa ler mula2 masuk mcm baik2 jer kan..pastu ader lak antu chat ajor aku chat guna yahoo messenger....tu yg paling lama aku chat....kadang2 bila dah dapat teman borak yg best...berjam2 chat pun tak pe....aku sure korang pun mesti pernah main chat kan.... itu sebenarnya cara perbualan yang agak baik kalau betul2 dimanfaatkan.
tapi biasa ler remaja skrg nie...takat2 nak enjoy and fill up masa jerk... masa keje nie ler aku mula berani jumpe chatter...macam2 perangai aku jumpe...tapi tak semua chatters tau...seingat aku ader ler lebih kurang 5 orang kot... itu pun selepas melalui pelbagai tapisan keselamatan kasar dan halus...hehehehehheh.... pendekkan citer chtatters nie semua okler...ader yg baik dan ader yg tak...yg kureng baik tu...takde ler aku nak jumpe kan. cuma kawan chat nie senang dapat senang hilang....itu je la.... tapi ader beberapa kawan chat yang aku masih contact lagi...kiranyer betul2 kawan sejati ler tuh....bahaya nyer chat nie...ia boleh melibatkan soal hati dan perasaan tau... itu je la...kalau tak betul membawakkan....kite ler kena tanggung. so, pesan aku...hati2 ler kenal org....dlm chat room nie macam2 ada.....muahhahahaha...
aku tak pernah ler melibatkan diri dalam soal hati dan perasaan tapi ader gak member opis aku yang sangkut ngan chatters dia...tapi nasib baik ler chatters dia tu baik...itu mungkin dah jodoh dia kan...saper leh agak...ye tak? namun, zaman chatting tu semua dah berlalu....aku sedar ia banyak membazirkan masa aku....ye la keje opis ntah ke mana..asyik dok chat jerk...aku pun mula ler insaf...heheheh...kira dah hampir setahun lebih kot aku tak chat...aku jadi lebih bertanggungjawab...muhahahhaaaaa...
so, pengajaran nyer ader baik dan buruk nyer...terpulang ler pada individu.....cuma aku bersyukur ler at least aku dpt ler tambahkan kawan....muhahahhaa....ader gak ler kawan chat yang boleh membantu aku....dlm hal belajar ker...ader sorang kawan chat nie...sanggup pinjamkan buku dia belajar anto kat umah aku lagi...baiknyer dia...moga dia dipertemukan jodoh yang baik gak sama cam dia....pesan terakhir aku...pandai2 ler bawa diri..sebab kite dah besor bukan budak2 lagi....muhahhahahahaaaaaa.....pesanan nie utk diri aku gak...moga esok lebih baik dari semalam.....adiossssssss......