Definisi pengambilan kakitangan
Flippo - merupakan proses mencari bakal calon-calon pekerja dan seterusnya meransang mereka untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh organisasi.
Hellriegel @ slocum – pengambilan kakitangan sebagai pencarian pekerja-pekerja samada dari dalam dan luar organisasi untuk memenuhi kekosongan jawatan. Objektif utamanya untuk mendapatkan pekerja2 yang berkelayakan tinggi dengan kos yang paling rendah.
pengambilan kakitangan adalah proses menarik seramai mungkin calon-calon pada masa yang sesuai selaras dengan aktiviti2 yang telah dirancang.
Tujuan
- untuk menggalakkan calon-calon yang berpotensi untuk memohon jawatan2 kosong yang ada dlm sesuatu organisasi.
- calon yang ramai akan meningkatkan peluang memilih calon2 yang berkelayakkan.
Sumber pengambilan kakitangan
- sumber dalaman
- sumber luaran
kesan jangka pendek – morale pekerja akan menurun
jangka pangjang – organisasi sering menafikan potensi dan kemahiran dalaman akan menghadapi masalah menarik pekerja2 baru.
Kaedah pengambilan dari sumber dalaman
- dimulakan pencarian dari data bank personel.
- memaparkan peluang2 jawatan kosong di papan kenyataan atau bulletin organisasi.
- sesuai untuk calon yang mempunyai kelayakan tertentu.
Kaedah pengambilan dari sumber luaran
i. institusi pelajaran
- sumber kakitangan baru yang baik
- akan cuba mewujudkan hubungan baik dengan institusi pelajaran
kebaikan
- sumber graduan baru
- tidak mahal dan mudah dari segi pentadbirannya
- perkhidmatan percuma dari pihak institusi
kelemahan
- calon lebih minat mendapatkan maklumat bukan memohon jawatan kosong
- terlalu ramai calon yang datang – jadual fix
ii. perkhidmatan pekerjaan awam
- kebanyakan kerajaan negeri dan persekutuan ada menyediakan perkhidmatan ini.
- mengendalikan kes2 calon yang mengganggur.
kebaikan
- calon2 dari seluruh negeri
- badan ini mempunyai tanggungawab sosial
kelemahan
- calon terdiri drp pengganggur yang tidak mempunyai pengalaman kerja
iii. agensi pekerjaan swasta
- berbeza dari segi membayar upah perkhidmatan pencarian pekerja2.
- jika menggunakan headhunter, upahnya dibayar oleh organisasi dan tumpuan pada jawatan professional.
- perkerjaan biasa akan mendapatkan upah dari pencari kerja.
kebaikan
- calon boleh ditermui secara langsung
- berguna jika majikan tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang khusus
- boleh ambil kakitangan dari luar Negara
kelemahan
- kosnya tinggi
- calon2 yang berpotensi dan di luar rangkaian hubungan ‘headhunter’ tidak mudah dperolehi.
- calon2 yang kekal dlm senarai headhunter mungkin dipanggil kembali.
iv. Pengiklanan
- boleh dilakukan melalui : akhbar, radio, televisyen dan internet.
- sesuai bagi jawatan teknikal disiarkan melalui akhbar.
Kebaikan
- dapat disebarkan secara meluas
- sedikit pembaziran
kelemahan
- bergantung kepada pengiklanan yang sesuai ; akhbar dan majalah dgn sasaran calon.
Faktor2 luaran yang mempengaruhi proses pengambilan kakitangan
i. peraturan dan dasar kerajaan
ii. kesatuan sekjer
iii. pasaran buruh
Faktor2 dalaman yang mempengaruhi pengambilan kakitangan
i. dasar organisasi
ii. imej organisasi
iii. syarat pengambilan kakitangan
Analisa kos faedah dalam pengambilan
i. pertimbangkan kebaikan mendapatkan pekerja-pekerja baru dari sumber luar
- mendapat idea2 baru
- mempunyai peluang yang lebih tnggi untuk mendapatkan calon yang paling layak
- dapat mengurangkan pertelingkahan dalaman
- mungkin mendapat rahsia pesaing
ii. pertimbangkan kebaikan mendapatkan pekerja-pekerja dari sumber dalam
- dapat menaikan morale pekerja
- melibatkan kos yang lebih rendah
- pekerja2 memerlukan masa penyesuaian yang lebih pendek
- penilaian keupayaan lebih menyakinkan
iii. alternative kepada pengambilan kakitangan
- menjadualkan tugas2 dengan baik
- subkontrak
- pekerja sementara
No comments:
Post a Comment