8 Oktober 2013
Seorang lagi baby boy pergi wat selama-lama nya..aku dtg melawat Muhammad kul 1tghari...masa nak cuci tangan, aku tgk si ibu memangku anak dan si ayah membacakan quran..terdetik kt hati...ok kah baby itu?? bukankah masih bergantung oksigen?? kenapa dibiarkan tanpa oksigen?? selesai cuci tangan, aku kembali ke incubator Muhammad, dan tanya dengan SN Huda...rupanya baby tu baru meninggal jam 12.30tghari. Lalu ku sapa si ibu mohon si ibu bersabar dan tabah..aku turut bersedih.. Semalam NICU mmg sunyi sgt...ramai kawan2 Muhammad dah boleh balik rumah...yg sebelah Muhammad ke IJN untuk check jantung.
Lepas maghrib dalam kul 7.40 mlm...aku dtg semula ke NICU menghantar pampers Muhammad yg tggl sikit. Dikesempatan itu, aku bertanya mana perginya baby yg sindromic tu...nurse maklumkan baby tu pun telah pergi awal pagi semalam. Ya Allah...
Kemudian dapat pula wataps dari ibu si kembar nadiah...dia maklumkan baby kepada ayahnya Anjang (aku rasa yg ibu yang keje kt JPA) sbb aku 2,3 hari tak nampak diorg dtg. rupanya2 baby tu pn dah meninggal....baby tu sebelum ini duduk sebelah Muhammad kemudian transfer ke bed 2 sebab jangkitan kuman..dan terpaksa guna ventilator..Ya Allah...
Damailah dikau di sana...wahai anak2 syurga...merekalah harta ibu bapa yang amat bertuah. Jangan tangisi pemergian mereka kerana itu yang terbaik buat semua. Mereka sedang tersenyum di syurga...tiba2 teringat kt arwah angah...anak kpd abg nizam dan kak shirah yang luekimia...Al-Fatihah