Wednesday, August 30, 2006

coretan datin CT dan dato' K

Dato' K ;
usahkan mahu menyentuh hati,
mengintai cintanya juga tidak ku berani,
membiarkan masa menjadi saksi,
biar mencintainya tidakkan ku berhenti,
namun sebagai lelaki aku menyedari,
di hadapan ku bukan sekadar bidadari,
tetapi seseorang yang mahu ku jadikan isteri,
aku mahu menyintaimu sepenuh hati,
dan membawa cinta ini hingga ke mati.

Datin CT ;
sewaktu hati mahu di cinta,
yang ku cari adalah bahagia,
bila cahaya tersuluh di wajahnya,
aku merasa getarnya seluruh jiwa,
tak terbayang kelainan rasa,
mungkinkah ini destinasinya,
aku tidak pernah mencari,
namun yang telah kutemui ini,
adalah kasih sejati,
seorang lelaki dan suami yang kucintai,
memberiku dunia yang tidak pernah sepi.


No comments: