
jangan kau angkuh melaungkan
si dia kepunyaan mu
atau kau kepunyaan si dia
kerana hakikatnya
kita tidak pernah memiliki sesiapa
walau sekeping hati seorang insan
tidakkah kau sedar
hukum alam menyatakan
menyintai tidak semestinya memiliki...
manusia pandai berpura
berlakon dipentas dunia
dan bertopeng menutup rahsia
tetapi hati
tidak pernah berdusta pada empunya
tentang perasaan yang bergolak didalamnya...
tidakkah kau sedar
mungkin si dia melafazkan
ungkapan cinta padamu
tetapi hati dan perasaannya
tidak pernah begitu
dia hanya berselindung
di sebalik sejuta alasan
dan kau
begitu jujur dan setia menyintainya
sehingga terlupa
hukum alam menyatakan
menyintai tidak bermakna memiliki...
sesungguhnya
aku tidak pernah memiliki dirimu
dan kau jua tidak memiliki diriku ...
mengertilah
kita sebenarnya kepunyaan
yang Maha Esa
tidak sesiapa berhak memiliki diri kita
kecuali Dia
Dia mengasihi hambaNya
Dia memiliki hambaNya
dan ke pangkuan Dia kita akan kembali....
No comments:
Post a Comment