Thursday, June 14, 2012

nak kurus tapi malas...

org kata org kurus nampak cantik..mana tak nya dh sah2 ler nampak cantik. tambah bonus kalau ada rupa yg comel dan sweet2 gitu. utk pengetahuan, sejak lepas skola menengah...badan dh naik aka tembam. bila keje kat putrajaya nie...bertambah2 berganda2 berat naik. skrg dan 11 tahun keje kat sini...badan pun makin lama makin beso. nasib baik laa ada org nak kt aku..maka kahwin la juga...dpt la anak dua org skrg nie. tp sejak beranak czer anak yg ke-2 tu..badan mcm dipam2...selera makan mcm air paip. hahahhaa. adik ipar aku lak dah puas ejek aku. lantak ler..tak lut dia ejek aku tuh. aku tetap cam nie. dlm hati mmg nak kurus...tapi tu la macam2 alasan. baru2 nie EO aku ada suggest makan vitamin shaklee sbb dia pun tembam gak tp aku la yg menang..dia baru sikit tembam..tp aku dh makan tong sampah. hahahaha. tak baik betul kan mengata kt diri sendiri. laki aku lak dah berkali2 suh diet bukan apa aku dh kena darah tinggi..dia ckp kalau aku mati dulu..terpaksa dia keluar kuarters..abih tu dia nak dok mana dgn anak2??? ada logik tak?? takpe la..walaupun alasan dia cam tu..aku tetap sayang kt dia. muahahahahhaa. haa..sambung pasal shaklee tu. ekceli aku dh pernah ambik trial pack tp time tu aku bfeed anak pertama...tp kira mahal ler jugak. berpeluh tgk angka nyer. namun begitu, disebabkan gaji bulan ni ada dpt tunggakkan gaji..so, aku berhasrat dan tekad nak menerai nyer...dgn harapan bole ler loss weights sket...kalau ada reader yg baca post aku nie...korang tlg la doakan2 la ye. masalah aku ni satu jek...semangat tak kental...mudah kalah dgn makanan. hahahahhahahaha mula aku nak try ambik ni...yg ni dealer shaklee yg suggest utk permulaan tau...lepas tu tgk poket masing2 ler..kalau2 nak tambah mana2 supplement. Herb-LaxTM Didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.* Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-LaxTM yang lembut boleh membantu. Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Lecithin Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. p/s : kan best kalau dpt badan mcm dia. :D :D

Tuesday, May 29, 2012

Mana mak?

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.


Dua puluh tahun kemudian,



Jam 6.30 petang


Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.


Ayah tanya Along, “Mana Mak?”


Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”


Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”


Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.




Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”




Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.


Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.




Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.


Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"


Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.


Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"




Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.




Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.




Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."


Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.




Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.


Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.




Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.


Beberapa tahun kemudian


Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.


Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.


Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.




Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.




Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.


Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..


Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.


Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,


"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..


Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"




Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.


Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

2, 3 hari ni keje cam takde sgt..

aku tgh tggu perjanjian dr kontraktor tp tak dpt2. so, 2 hari nie aku cuma update fail dan buat failing jek. selebihnya surf blog masak2..tiba aku tgk blog seri pg gold coast morib...cam best la pulak. teringin nak pegi bawak aina dan iman...tapi makcik aina nak tido mana lak...takkan aku nak ambik sebilik jek?? camner eh??? kang aku pegi jek dgn en. hubby aku....best gak ek...nanti ler tggu jawapan dr en. hubby dulu.. tgh suspen tggu jawapan dia...

Tuesday, November 01, 2011

bosan tahap cipanzi...heheheh

hari ni teramat bosan. hati terasa kosong. keje banyak dan dpt disettlekan tp hati terasa mcm ada sesuatu yg hilang...apa ye? rasanya aku tau jawapan nyer...tp terlalu peribadi utk dikongsi. tasa nak dok rumah dan bawak anak berjalan2 jek skrg nie...utk lepaskan bosan tu...

Thursday, October 27, 2011

hari yg memeningkan...

salam,

hari ni rasa tk berapa sihat. sejak semalam rasa sakit tekak, pening dan ada mukus sket. period lak dtg lg...2 kali dlm bulan ni maybe efek ambik maajun anggun bestari (MAB). walhal baru 10biji makan maajun tu. kawan2 ckp itu normal sebab keluarkan darah2 kotor yg lama2 dan nak ejas period semula.

haa...lupa nak bgtau aritu hubby hilang kunci motor. so, aku terpaksa la naik bas dh masuk 2 hari ni...lambat jek. td g beli susu iman dulu kt kedai darul salam, beli la sekali air twister...utk ilangkan mukus nie...itu je la laporan...

btw, iman dah pandai jalan sendiri tolak walker dia...aina lak kena kurangkan susu...perut dia kempis la sket...semalam seharian bagi susu sebotol jek...sian lak dia..hehehhehe tp nak wat camner terpaksa kan...

Wednesday, October 19, 2011

Iklan : Pangsapuri Melati, Taman Bukit Subang untuk dijual

Salam,

ni ada iklan...ekceli ni rumah FIL beli...dia nak jual. kalau ada yang berminat bole la call/sms no kat bawah nie ek. terima kasih..


PANGSAPURI UNTUK DIJUAL

Alamat :

11-3-17, Pangsapuri Melati
Jalan U16/3
Taman Bukit Subang
Seksyen U16
40160 Shah Alam
Selangor

** Tawaran harga RM65,000 (boleh dirunding)

~ pegangan bebas (freehold)
~ 650 kaki persegi
~ berdekatan sekolah, stesen minyak, masjid dll
~ kemudahan seperti dewan serbaguna, gelanggang permainan, taman permainan dll
~ akses mudah ke Guthrie Highway
~ 15 min ke Pusat Bandar Shah Alam, Kota Damansara, SubangmAirport
~ berdekatan dengan Denai Alam

Berminat ??

Hubungi Puan Hayati 012-2758496 atau En. Izhar 017-3935747

Thursday, October 13, 2011

Aina dan Iman..

Salam,

ni laporan perkembangan aku dan keluarga.

6.12.2010 - Nur Iman Hazirah dilahirkan melalui cesear kerana tekanan darah tinggi yang amat membimbangkan. Citer nyer malam sebelum itu, ibu dah muntah2 2 kali..lepas tu teringat doc pesan kalau ada simptom muntah tu terus pegi hospital. call klinik pagi tu pun suh pegi hospital. Jam 10 pagi..ibu pegi hospital putrajaya sendiri...call ayah, balik umah ambik baju dan apa yg patut. terus kena admit..doc ckp kena czer sbb Bp ibu 170/100. kena la masukkan ubat utk turun BP tu...lepas BP dah stabil terus kena czer...ibu beria2 merayu kt doc taknak czer...huk3. smp nangis2 la kiranya. Ubat yg masukkan kt drip tangan tu sungguh la sakit..dgn panas nyer lagi..azab betul..tuhan je yg tau camner sakitnya tu. Dalam jam 8.30 mlm doc terus panggil utk operate ibu. Alhamdullilah semua nye selamat..Iman pun dah lahir dengan berat hanya 2.25kg...kecik kan...masa tu Iman sebesar dua telapak tangan ibu jek.
masa doc nak jahit balik perut, ibu rasa loya2...doc bgtau doc tgh masukkan usus semula dalam perut ibu. huk3. tak terkata ibu hanya angguk kan kepala tanda paham. ni la pengalaman paling ngeri sbb kali pertama iaitu hari kedua lepas czer doc suh ibu bangun dr katil...sungguh sakit dan amat payah sekali nak bangun...tertumpah seketul darah beku yg besar ke lantai...ibu terus berusaha utk berjalan sbb nurse ckp..takut darah beku nanti.

hari ini (13.10.2011) - Iman dah masuk 10 bulan umurnya, kakak Aina pulak dah 2 tahun 5 bulan. Kesilapan ibu, tak menyusukan Iman secara direct bf sbb masa itu ibu lebihkan kakak...sbb kakak Aina pun masih bf ibu walau dia dah minum formula. Aina tetap nak gayut pada ibu. Iman hanya dapat susu ibu sepenuhnya genap umur 5 bulan jek...lepas tu dah campur dengan formula. Paling malang lagi, semasa hari raya aidilfitri aritu...Ibu langsung tak mengepam susu ibu utk Iman..dek kerana Cik wati tak ikut balik Ijok. Ibu jadi kebizian tahap maksimum...maklum la Iman masa tu tak nak dengan sape2..nak berkepit dengan ibu jek. Letih dan penat ibu melayan perangai Iman...Iman susah nak tido sbb terlalu penat...ibu kesian jugak kat Iman. Kakak Aina dah pandai bawak diri sendiri dengan Cik Bida. Nasib baik Cik Bida ada tolong jagakan kakak Aina.

p/s : Ibu sayang Aina dan Iman




Monday, October 10, 2011

Sign Up Nuffnang Malaysia

salam,

hari ni aku daftar sebagai ahli blogger kat Nuffnang Malaysia..nak gak join mengiklankan produk-produk yang ada terutama nya produk Malaysia. kiranya semua blog2 yang ada sebagai platform pengiklanan la...itu la yg aku faham ttg Nuffnang nie. okla ye...apa2 kalau tak paham bole la direct surf website Nuffnang Malaysia kat sini http://nuffnang.com.my





Tuesday, October 13, 2009

cabaran menyusukan aina

salam..

lama giler tak post kt blog....sejak ade aina (my beloved daughter) makin takde masa. okla...nak citer pengalaman selama 4 bln menyusukan aina. aku bersalin 21 mei 2009....dan hubby mmg berhajat nak suh fully breastfeeding our baby. tanpa ilmu dan pengetahuan...selamber jer sbb dok bayangkan bila bersalin susu mmg sentiasa ada dan mencurah2. rupanye tidak. hari kedua aina terpaksa dimasukkan ke NICU kerana jaundis dan demam (38.9 darjah celcius). susu ku pulak sikit jerk....hubby mula search about breastfeeding...dan terjumpalah susuibu.com. di saat aku hampir menyerah kalah...mula2 hubby belikan manual breastpump jenama pureen...ku komen sakit nak pump...dia belikan pula avent manual breastpump. masa aina dlm wad hanya mampu bg 10ml je utk bekalan...selebihnya nurse akn top up dgn susu formula. betapa sedey n sayu...sudah la aina di wad aku lak takdu susu. aina lahir cuma 2.68kg je...si kecil tu.

5 hari aina kena msk wad...bila kuar wad aku terus breastfeed dia tanpa susu formula hingga ke hari ini. so, dlm bdn aina hanya ada 5 hari susu formula...aku ambik cuti tambahan 10 hari hanya semata2 nk breastfeed aina n stok susu pun takde. aku tak berapa suka guna avent manual...cpt lenguh...aku pun terus surf susuibu.com dan berkenan kt medela swing. mulanyer nmpk org pakai masa anto aina appointment di hospital....terus ku jatuh cinta kt swing. beberapa hari sebelum msk keje hubby ku belikan swing dgn forumer susuibu (ajasu)...

sedar tak sedar dh 4 bln aku fully breasfeed aina...berat dia pun dh 6.1kg....aku mcm tk cayer jer...susu ku cukup utk aina membesar...kini, aku masih pengguna swing...dan berhajat nk beli medela freestyle.....tp apakan daya..masih blm mampu....utk semua mommies di susuibu..terima kasih atas sokongan di saat aku memerlukan...perit jerih pengalaman ini akan ku teruskn hingga aina 2 thn..Insyaallah.

Saturday, June 06, 2009

sudah jadi ibu..

errm..lama giler aku tak post kt blog nie...tu tanda nyer aku nie bz sebenarnyer..hehehe..okler...ni lagi citer terbaru pasal aku...pada bulan oktober 2008 aku telah disahkan mengandung. Alhamdullilah sepanjang mengandung tu aku tak banyak masalah sgt ler...cuma di bulan2 terakhir aku ader darah tinggi sket...maybe sebab aku dihujani pelbagai masalah dr keluarga aku sendiri..macam2 benda jadi pada disember thn lepas..

aku pun tak tau ler..perkara yg paling ngeri dan aku tak ingin berlaku...dah pun berlaku...apa ler nasib...masalah ni pun tak selesai lagi. tapi aku banyak ikut nasihat suami...jgn ikut perasaan..utamakan famili sendiri dulu...maksud dia..keluarga kami ler...aku, dia dan bakal anak yg lahir nie..

okler...dipendekkan citer....pada 19 mei 2009 aku ader appointment di hospital putrajaya...ekoran dr darah tinggi nie ler...doc ambik bp aku 150/100...setelah mengambil bp beberapa kali...dan wat scan pd perut aku nie...doc putuskan aku perlu dimasuk kan ke dalam wad dan diberi induce untuk mempercepatkan kelahiran. ia penting bg mengelakan kematian pada ibu dan anak. sepatut nyer aku due 2 jun 2009. pada jam 8 pagi 20 mei 2009..doc telah masukkan ubat tu melalui lubang "tut".

maka bermula episod sakit tak terhingga....kul 10.30pg - 11.30 pg aku dah terasa sakit...kul 3 ptg doc check semula pintu rahim...baru bukak 2cm...lepas jer doc tu korek2....kesakitan yg sama dtg semua tp yg ni lebih dahsyat dan panjang...

kul 5 ptg aku dimasukkan ke dalam labour room coz pintu rahim dah bukak 4cm. air ketuban aku pun doc pecahkan...kesakitan yg aku alami dr kul 3 ptg tu berlanjutan hingga ke malam. kul 8 mlm...doc check lg...baru bukak 7cm...doc arahkan bg ubat lagi power...apa ntah nama nyer...melului drip kt tangan....

lebih kurang kul 11 lebih...aku dah rasa kesakitan yg amat sgt...nurse dan doc pun berlari2 ke bilik aku....berkali2 doc suh aku push....tapi aku tak berjaya.walhal kepala anak ku sudah pun nampak...saat tu suami ader kt sebelah beri semangat...syukur ade dia...terima kasih abg..

aku tiba2 surrender..aku dah tak larat....doc ckp jantung baby pun dah lemah...dia bg penerangan ttg vacum...dimana kepala anak ku akan disedut keluar...suami ku diarahkan keluar...tak tau ler atas sebab apaa...kul 12.19 tgh mlm..aku selamat melahirkan anak perempuan...yg kami namakan aina harizah...itu ayah nyer yg pilihkan...buat suamiku..terima kasih abg...aina bukti cinta kita...dan semoga dia membuat kita bertambah saling mencintai...





Tuesday, October 07, 2008

citer2 terbaru..

salam sumer...

lama giler dah aku tak post apa2 kt blog aku nih...lupa lak...maklum ler...banyak sgt benda yg nak dibuat....okla...ari nie aku nak wat laporan perkembangan terbaru aku...

6 julai 2008 - aku dan si dia telah selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri....gumbira dan terharu sgt...tema perkahwinan aku adalah gold...majlis dihadiri oleh sanak-saudara dan penduduk2 sekeliling....kawan2 rapat2 aku pun turut sama hadir meraikan hari berbahagia aku tuh...terima kasih buat suami ku...kerana sudi menerima diri ini sebagai isteri dan permaisuri dalam hati mu...

maka, berbahagia lah aku bersama suami tinggal serumah...mula2 rasa janggal jerk...dah lama2 mula biasa....dan paham perangai masing2...setakat ini aku bahagia sgt ngan dia....dan aku doakan kebahagian ini akan kekal hingga akhir hayat...

semalam (6 oktober 2008)...aku pegi klinik...setelah seminggu lebih aku takde haid...puasa pun penuh tahun nei....maka, doktor mengesahkan aku mengandung 5 minggu....kira2 sebulan gak ler....alangkah gumbiranya lagi rasa.....masa on d way....balik ke opis...aku menangis kerana terharu dikurniakan benih perkahwinan aku dan dia...Allhamdullilah...moga dengan kehadiran orang ketiga dalam famili aku dan dia..akan menyerikan lagi perkahwinan yang kami bina....Aminn....

sejak dah tau pregnant nie....aku makin sayang lak kt suami aku...abang, i love you so much...

Thursday, February 28, 2008

tukar title....seronok nyerrrr.....

tanggal 24.2.2008....hari yg paling menggembirakan aku dan si dia...

pada jam 12.30 tengahari...dia dan keluarganya sampai di rumah aku...untuk meminang...terus langsungkan pertunangan sekali...

majlis yg aku sangkakan kecil...tapi telah dibuat agak besar kendurinya oleh abang dan abah aku...

aku mmg takde persiapan apa2 pun...baju pun takde...apatah lagi nak bermake-up...

aritu gak...airmata aku jatuh mengalir mengenangkan ibu yg telah pergi...aku telah dirias oleh anak wak mar...isteri ketua blok umah aku tuh...

pagi tu...aku sempat menyiang ikan sungai yg dibeli oleh abah utk jadi hidangan pada tengahari tu..maklum laa...si dia tu suka sgt makan ikan sungai...

selepas wakil dr kedua2 keluarga berbincang....aku pun dipanggil keluar utk upacara menyarung cincin merisik dan bertunang oleh mak nya....

terharu tatkala si ibu menyarungkan cincin ke jari manisku...terasa dunia aku yg punya....perasaan ku ketika itu bercampur malu, segan dan gembira... semuanyer tak terkata...

aku nampak...dia tersenyum memandang aku...aku membalas balik senyuman nya...detik manis itu aku hanya simpan dalam kenangan beberapa keping gambar...

Insyaallah...kalau diizinkan tuhan...pada pertengahan tahun 2008 ni aku akan melangsungkan pula perkahwinan kami...aku doakan semoga mahligai yang bakal dibina akan kekal utuh dan padu bersama kasih, sayang dan cinta aku dan dia....

untukmu abang...terima kasih kerana sudi menerima sayang seadaanya...dan terima kasih kerana sudi menjadikan sayang permaisuri di hati dan di dalam hidup abang...sayang cintakan abang...sungguh....

Wednesday, December 19, 2007

gumbira sgt...

2 dis 2007 - aku kuar makan ngn si dia...kami bincang psl kawin...dia dh pun abg hint kat mak dia.. ntah ler..aku rasa cam bermakna lak hidup nei bila ada org yg sayangkan aku dan sudi terima aku sepenuh jiwa n raga...

insyallah kalau takde aral melintang...maybe dlm tahun depan kot..kami akan kahwin....masa kiteorg citer psl tuh....aku rasa bahagia sgt....macam terbang kt udara lak...

aku harap moga impian dan cita2 kami tercapai akhirnya...dan semoga aku akan hidup bahagia selamanya bersama dia...

Tuesday, September 04, 2007

cita-cinta ku

ermm...camner eh nak mulakan..yg aku tau skrg nie aku rasa bahagia sgt...disamping si dia yang aku sayang dan cinta. namun, kadang2 aku rasa bersalah pada dia..aku telah secara tidak langsung melibatkan dia dalam sejarah masa lampau..aku benar2 sayangkan dia..kalau boleh aku tak nak hancurkan impian dan harapan dia...tapi aku tak berupaya untuk merubah sejarah dulu...andai masa boleh diundurkan kembali..akan aku setia menanti dia untuk mengisi ruang hati nie.

andai dia mendengar keluhan hati nie..untuk sekian kalinya..aku mohon seribu kemaafan kerana mengecewakan dia. aku takut untuk berjanji...tapi aku yakin..aku akan cuba untuk memberi kebahagian pada dia..aku akan jadikan dia insan yang paling bermakna dalam hidup aku. aku mahu dia tahu isi hati aku...aku mahu dia tahu aku terlalu menyintai dan menyayangi dia...sesungguhnya aku tak sanggup kehilangan dia...kalau boleh aku mahu hidup selamanya bersama dia...dia yang aku cinta sepenuh hati dan diri ini...

abang, cintaku hanya untukmu...percayalah...

Friday, January 26, 2007

impian aku tercapai gak...

19 Januari 2007...hari pertama aku dpt keta yang aku nak selama nie...tapi keta yg mampu aku pakai ler ngan gaji aku sekarang nie...Myvi 1.3 kaler itam... aku sajer jer ambik kaler itam nampak cam keta mahal sket...depan nyer tu kan nampak cam keta honda jazz...hehehehhe...

24 Januari 2007...hari pertama aku bawak keta ke opis dan drive sorang2 lak tu...mula2nyer aku tak berani gak....ye la cuak gak ler bukan nyer expert sgt pun drive... tak sangka baru 2 kali belajar bawak keta kat opis...dah ok.... hehehe.... terima kasih kepada sifu2 yang ajar aku...hehehhehe....

hari nie dah masuk hari ketiga aku bawak keta g opis...passenger pun dah ramai..penuh seat tu.... tapi yang kesal sket...hari pertama bawak keta jer...dah ader member aku sorang nie meninggalkan kesan lak kat seat belakang...aduhhh....rasa geram gak ler... tapi tak tau ler sejak 2, 3 menjak nie aku lebih cool.... aku tak nak tension2 lagi ler...nanti darah nyer bp naik lak...hehhehehe...

gumbira nyer aku.....hehehhehehe.....




ari yang paling membahagiakan...

7 januari 2007...tarikh tu menjadi suatu tarikh permulaan yang paling bermakna dalam hidup aku dalam tahun 2007 nie. tarikh yang merubah segalanya...hubungan yang tak pernah aku bayangkan dan jangkakan selama nie... walaupun hati dah lama tersentuh...

terima kasih kepada insan yang sudi menerima aku seadanya...aku benar2 menghargainya. aku harapkan agar hubungan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat...dia lah kawan, dia lah sahabat dan dia lah kekasih.

Thursday, November 30, 2006

nafas cinta - misha omar

sebelum bintang ada sana
menatap cahaya
jawablah pemuja
jika benar kau cinta

tanpa berkerana
bisikan ia buat ku
jika terbukti
rindumu

lama ku menanti
sabda rindumu kasih
membelai nurani
biar sempat ku bermimpi
keindahan malam seri

lalalalalalalala...

(korus)
cinta bukan kata
rindu bukan madah
dalam nafas
ku tersimpan cahaya

kalimah
cinta bersakti
melamar hati
yang suci

kalimah
cinta berperi
melanar kasih
ke sisi

kalimah
cinta sejati
menguji diri
di sini

kalimah
cinta terpatri
melayar hati insani

lalalalalalala....

redahkan gelora
cinta mendampar jiwa
biarlah terasa
dalam aman ceria

(ulang korus)

kalimah
cinta bersakti
melamar hati
yag suci

kalimah
cinta berperi
melanar kasih
ke sisi

Friday, September 22, 2006

SeLaMaT BeRpOSe...

haa...dah nak dekat pose nie...aku mengucapkan selamat berpose kepada kawan2, pakwe2, awek2 dan kaum kerabat aku diseluruh dunia nie... mintak2 ler pose kali nie memberi seribu pengertian dalam hidup kita semua. dah lama tak pose nie rasa lain macam lak...sebab semua pose ganti aku dah settlekan pada awal tahun ari tu.

kalau nak cakap pasal sembahyang terawih lak...aku sebelum nie tak pernah pegi pun...cuma sejak dok kat sini...rajin lak pegi...ye la mana tak nya kalau dulu...umah aku jauh dari masjid....kira cam susah sket ler nak pegi... apa nak citer lagi erk...bosan sket la..skrg nie...tgh ngantuk sebenarnya...aku tak tau nak wat per....so aku post ler kat sini...walaupun nampak cam takde apa2..

haa....nie nak masuk kes ngumpat lak nie...tu la pompuan balik2 keje nyer ngumpat jerk...tapi zaman skrg nie laki pun suke gak ngumpat.... oklah nak dijadikan citer..minah kat opis aku ler...ntah kena angin monsun mana ntah tetiba jer tak bercakap2 ngan org lain...dia cuma cakap ngan kawan yg dia rasa close jerk... dulu, aku pernah gak close ngan dia...tapi tu la... sebab aku takde kete kan....dia pun dah mula pandang orang yang ada kete. tak dinafikan dia nie sebenarnya materialistik gak...nasib baik ler dapat pakwe yg ada kete...tapi aku rasa kalau ler pakwe dia tu takde kete...mesti dia tak nak gak kat laki tu...dah ler tak berapa hensem sangat... kira hensem lagi ler kawan sekelas aku...izhar tuh....

yang kiteorg tak puas hati tu...apsal lak dia nak tarik muka seribu dan tak cakap ngan saper2 dalam satu unit kiteorg nie... tak paham betul la... dah ler keje saling berkaitan.... dia ingat dia tu best sgt ker erk...keje nyer kerani gak bukan pegawai pun....tak blah ler beb....dia nak org lain tegur/cakap ngan dia dulu...masak ler kalau cam tu....meluat lak nengok erk... ntah apa ntah... penin ler...hahahha....lantak dia ler....

okla chow....dulu erk....


Wednesday, August 30, 2006

coretan datin CT dan dato' K

Dato' K ;
usahkan mahu menyentuh hati,
mengintai cintanya juga tidak ku berani,
membiarkan masa menjadi saksi,
biar mencintainya tidakkan ku berhenti,
namun sebagai lelaki aku menyedari,
di hadapan ku bukan sekadar bidadari,
tetapi seseorang yang mahu ku jadikan isteri,
aku mahu menyintaimu sepenuh hati,
dan membawa cinta ini hingga ke mati.

Datin CT ;
sewaktu hati mahu di cinta,
yang ku cari adalah bahagia,
bila cahaya tersuluh di wajahnya,
aku merasa getarnya seluruh jiwa,
tak terbayang kelainan rasa,
mungkinkah ini destinasinya,
aku tidak pernah mencari,
namun yang telah kutemui ini,
adalah kasih sejati,
seorang lelaki dan suami yang kucintai,
memberiku dunia yang tidak pernah sepi.