Tuesday, March 28, 2006

Bab 9 – Penilaian Prestasi

Definisi penilaian prestasi – mondy and neo – sbg satu system penilaian dan semakan ke atas prestasi kerja mengikut tempoh2 yg tertentu.

Objektif
- utk meperbaiki perancangan gunatenaga khasnya dari segi penggantian, keperluan latihan dan mengenal pasti potensi pekerja
- utk tujuan pengambilan dan pemilihan pengkadaran penilaian preatasi menyediakan profail untuk meramalkan prestasi di kalangan peohon2 kerja di masa akan datang.
- utk memperbaiki kualiti semakan gaji
- utk memastikan keselarasan antara perlakuan pekerja dengan norma2 organisasi yg telah ditetapkan.
- utk menyediakan rekod abgi kes2 pembuangan penurunan pangkatan, rungutan atau rayuan pekerja2.

2 kategori dlm menilai prestasi :-
i. penilaian tidak formal
ii. penilaian formal

- 4 klasifikasi kaedah penilaian :-

a. kaedah perbandingan
- pemeringkatan
- perbandingan berpasangan

b. kaedah “skel linear”

c. kaedah gelagat
- kaedah gelagat gentingi
- kaedah pilihan terpaksa

d. pengurusan mengikut objektif


masalah yg dihadapi dlm menilai prestasi :-
i. menilai org bukannya prestasi – kecenderungan kpd org yg disukai shj.
ii. kesan ‘halo’ – penilai melihat sifat yg sgt menyerlah dr sifat2 yg lain samada semuanya baik atau semuanya tidak baik.
iii. prasangka
iv. kesilapan logic – kesan halo dan prasangka
v. pertengahan – menilai pekerja di peringkat pertengahan- kesukaran membezakan prestasi tinggi dan rendah.
vi. terlalu ketat atau terlalu longgar – dgn markah yg tinggi atau rendah shj.
vii. menilai dlm masa terdekat bkn sepanjang prestasi.
viii. stereotaip – penilai2 berada dlm kumpulan yg sama dan dgn tanggapan.
ix. penilai memanipulasikan system penilaian dgn tujuan tertentu sprt kenaikan gaji atau pangkat.

Ciri2 penilaian prestasi yg berkesan
i. kesahihan – system penilaian prestasi mesti mengukur sesuatu yg telah ditetap utk diukur.
ii. keboleharapan
iii. teknik temuduga
iv. tindakan susulan

bersambung…..

Bab 8 – Dorongan motivasi

Definisi Dorongan

Konsep dorongan :
- kehendak
- desakan
- tujuan
- maksud/niat
- latihan

motivasi seseorang untuk mengarahka tindakan kpd sesuatu bentuk perlakua sanagt besar dipengarui oleh :-
- kepercayaan bahawa perlakuan yang diinginkan adalah mungkin munasabah (jangkaan 1)
- kepercayaan bahawa perlakuan tersebut akan mendorong kpd ganjaran tertentu (jangkaan 2)
- indicidu tersebut meletakan nilai yg positif terhadap ganjaran-ganjaran tersebut (tarikan)

Kelemahan teori jangkaan
- teori sangat rumit akan menimbulkan masalah
- sukar diuji
- sukar untuk dikira dengan tepat

Kebaikan teori jangkaan
- jangkaan 1 – berguna dlm soal pemilihan dan latihan
- jangkaan 2 – prestasi mestilah ditetapkan dengan ganjaran yang positif
- tarikan – sesuatu ganjaran yang diberikan mestilah benar2 bermakna kepada pekerja.

Teori Pengukuhan
- diutarakan oleh B.F. Skinner.
- Prinsip – perlakuan manusia adalah fungsi kpd kesannya.
- the law of effect - “perlakuan yang menghasilkan kesan yg dinigini berkemungkinan akan dlakukan lagi (diulangi) manakala perlakuan yg menhasilkan kesan yg kurang diingini kurang kemugkinannya akan diulangi lagi.
- 3 komponen utama – ransangan, tindakbalas dan…

Produktiviti – diukur dari segi hasl iaitu barangan atau perkhidmatan.

Teori Dorongan
- 2 pendekatan – teori kandungan dan teori proses

teori kandungan
- teori keperluan bagi dorongan kerja.
- menekankan soal2 berikut :-
i. mengenalpasti kehendak dan panduan yang dimiliki manusia
ii. bagaimana kehendak2 dan penyebab2 tersebut diberikan keutamaan
iii. jenis2 galakan (insentif) dan tujuan yg ingin dicapai oleh pekerja dgn memuaskan.
- contoh teori – teori hiraki keperluan maslow dan dua factor herzberg

teori proses
- menenkankan kpd suatu proses yg mana melalui proses tersebut hasil2 menjadi sesuatu dikehendaki dan diteruskan oleh individu.
- contoh teori – teori jangkaan vroom dan teori pengukuhan skinner

Teori hirarki keperluan maslow
- lima peringkat keperluan dlm diri individu yang disusun mengikut hirarki.

i. fisiologi
- keperluan asas utk memastikan manusia terus hidup sprt air, makanan, tidur dan lain2 lg. mesti dipenuhi sebelum keperluan lain.

ii. keselamatan
- keperluan terhadap kebebasan dari kebimbangan, keperluan terhadap kestailan, arahan, perlindungan dan undang2.

iii. kasih sayang
- merujuk kpd keperluan terhadap hubungan manusia, kasih sayang, cinta dan mendapat tempat dalam keluarga dlm kumpulan sosial.

iv. penghargaan
- melalui penghormatan diri, penghargaan, dan penilaian positif dari orang lain.

v. pencapaian hasrat diri
- perubahan potensi keupayaan kepada peringkat yang lebih tinggi.

Rumusan teori maslow
- keperluan di peringkat lebih rendah mestilah dipenuhi terlebih dahulu sebelum individu di dorong kpd perinkat yang lebih tinggi.
- apabila sesuatu keperluan telah dipenuhi, keperluan lain mula menjelma dan mempengaruhi perlakuan individu.
- pemuasan sebahagian daripada keperluan sudah cukup utk mendorong individu kpd keperluan yg satu lagi.

Teori dua faktor herzberg
- dikemukakan oleh Fredrick herzberg.
- mengaitkan dgn 2 faktor iaitu factor yg mendorong kpd rasa kepuasan dan membezakannya drp faktor2 yg mendorong kpd rasa ketidakpuasan.
- faktor2 yg menghasilkan kepuasan kerja sbg pendorong/pemuas (motivators/satisfiers).
- berkait rapat dgn kandungan kerja – pencapaian, pengiktirafsn. Keadaan kerja, tanggungjawab dan peningkatan diri. - faktor2 yg mendorong kpd ketidakpuasan kerja sbg factor kesihatan.

- berkait rapat dgn persekitaran kerja – pentadbran dan dasr organisais, penyeliaan, hubungan sosial, bayaran gaji dan jaminan kerja.

bab 7 – kemajuan dan kenaikan pangkat

kerjaya dikaitkan dgn kejayaan seseorang dlm perkhidmatan samada pertambahan dlm pendapatan, tanggungjawab, peningkatan status, prestij dan kuasa.

Faktor2 atau kaedah mencapai kemajuan kerjaya :-
i. prestasi kerja
ii. pendedahan
iii. pindah
iv. kesetiaan
v. mentor
vi. subordinate utama
vi. pengalaman yg berbagai

kenaikan pangkat
-
perlantikan dari suatu jawatan kepad satu jawatan yang lebih rumit dan lebih tinggi tanggungjawabnya serta perubahan nama jawatan dan pertambahan gaji.

Kaedah dan criteria kenaikan pangkat :-

i. kekananan
kebaikan :
- satu fakta yg tidak boleh disangkal
- lebih pengalaman dan melayakan
- proses yg adil dan saksama kerana setiap org berpeluang
- boleh meransang morale kerana setiap org berpeluang apabila tiba masanya
- menarik minat kakitangan luar

kelemahan
-tidak semestinya terbaik dari segi kecekapan bekerja
- kurang berusaha memajukan diri
- tidak sempat ukt naik pangkat dah tiba waktu bersara wajib sukar seliaan oleh pegawai muda


ii. kemerlangan diri (merit)
- penilaian peribadi (personel) ketua jabatan
- peperiksaan kenaikan pangkat
- penilaian prestasi

Bab 6 – Latihan dan pembangunan kakitangan

Matlamat latihan dan pembangunan :-
i. mengintegrasikan pekerja2 dgn organisasi melalui latihan, pembangunan, motovasi dll.
ii. meningkatkan produktiviti melalui peningkatan kemajuan sumber, mengurangkan penyeliaan dan sebagainya.
iii. latihan untuk mencegahkan sesuatu yang tidak diingini dan campur tangan pihak ketiga
iv. untuk meningkakan komunikasi industri
v. meransamg arah tujuan yg baru melalui kreativiti, pencapaian kaedah, proses dan objektif yg lebih tinggi.
vi. meningkatkan fleksibiliti dan kestabilan organisasi
vii. meningkatkan kepuasan individu

halangan kepada latihan :-
i. kepuasan diri
ii. kegagalan untuk mengiktiraf keperluan latihan
iii. tentangan terhadap jurulatih

kaedah latihan
i. action learning
ii. business game
iii. demonstrasi

faedah latihan
i. penggunaan staf yang lebih baik
ii. penggunaan loji, jentera kelengkapan dan system yang lebih baik
iii. meningkatkan prestasi
iv. kadar ketidakhadiran kakitangan yang lebih rendah
v. meningkatkan kepuasan pengguna

kepentingan latihan dan pembangunan
i. pembangnan yg lebih cepat kea rah prestasi kerja yg sepenuhnya.
ii. meningkatkan output
iii. meningkatkan taraf perkhidmatan
iv. meningkatkan kualiti
v. kurang pembaziran dari sgi masa, material, personel dan kewangan
vi. penggunaan peralatan yang lebih sempurna
vii. kurang pengalaman
viii. kurangkan kos
ix. kurangkan keperluan penyeliaan
x. meningkatkan morale
xi. dapat mengenal pasti potensi pekerja

Bab 5 – induksi

Definisi induksi
- satu proses yg berterussan yang bermula ebaik saha apaila pekerja memulakan khidmatnya dengan majikan. Menitikberatkan persoalan dati sedi mmeperkenalkan atau mengorientasikan pekerja baru kepada oragnisiasi.

Objektif induksi
- memperkenalkan pekerja baru dalam hal2 berikut : tugas, suasana kerja, aspek kebajikan dan keselamatan, suasana umum pekerjaan dan aktiviti unit dimana pekerja akan bekerja
- akan berpeluang untuk mengenali pekerja

prinsip2 yg perlu diberi perhatian :-

fasa 1
- dikendalikan oelh kakitangan unit personel
- keluaran syarikat
- faedah pekerja
- keselamatan
- tempoh percubaan
- catitan masa
- cuti
- kemudahan yg disediakan
- prosidur menyelesaikan masalah

fasa 2
- dikendalika n oleh penyelia berdakatan
- memperkenalkan pekerja baru kepada rakan sekeja
- melawat sekitar jabatan
- prosidur pengagihan
- jam kerja
- kerja lebih masa
- prosidur masuk bertugas
- waktu rehat dan waktu makan

fasa 3
- program susulan
- dikehendaki beberapa minggi kemudian
- temuduga akan dijalankan samada oleh penyelia atau pakar prodefional
- untuk melihat organisasi : kepuasan pekerja terhadap tugas dan kepuasan penyelia terhadap pekerja

Bab 4 – Pemilihan kakitangan

Pemilihan
- merupakan proses yang melibatkan dua pihak iaitu organisasi dan calon dan keputusannya samada calon diterima atau menolak tawaran tersebut. Kedua2 pihak memainkan peranan yang aktif dalam setiap tahap pemilihan.

Faktor yang perlu diambil kira :-
i. ditentukan melalui maklumat yang diperolehi melalui analisa kerja.
ii. menepati diskripsi kerja dan spesifikasi personel.
iii. Memilih calon yang terlatih atau belum terlatih
iv. keadaan pasaran buruh semasa
v. jumlah dan jenis calon2 yang berjaya ditarik melalui proses kempen pengambilan yang dijalankan organisasi.

Proses pemilihan
i. borang permohonan

ciri2 borang :
- kelayaakan
- pengalaman lalu
- sebab2 berhenti

ii. temuduga
kegunaan :-
- cuba mencari org yg terbaik utk memegang jawatan berkenaan
- utk mendapatkan maklumat tambahan daripada pemohon
- memberi maklumat tentang organisasi kepada calon mempunyai peluang yang adil
- supaya pemohon merasakan mereka telah diberi peluang yang adil

Prinsip2 temuduga :
- Persiapan untuk temuduga
- suasana (setting) utk temuduga
- kaedah temuduga
- menamatkan temuduga
- penilaian

jenis2 temuduga
i. temuduga secara individu
ii. panel temuduga
iii. lembaga pemilihan

masalah yang berlaku dlm temuduga pemilihan
i. skop dan relevan yg terhad
ii. kesilapan dan penilaian penemuduga
- kesan halo

- stereotyping

- penilaian yg tidak tepat ttg kualiti
yg abstrak
- skop dominasi penemuduga

- central tendency

- contagious bias

iii. kebolehanpercayaan dan kesahihan dlm temuduga pemilihan

memperbaiki temuduga
- gunakan format berstruktur dgn soalan2 yg sama atau serupa kpd semua calon
- penemuduga perlu mencari maklumat kerja yg lebih terperinci bg meningkatkan

ketepatan temuduga
- rakaman video bentuk2 ujian pemilihan
i. ujian kecerdasan
ii. ujian aptitude/kebolehan
iii. ujian pencapaian
iv. ujian minat
v. ujian personality

pemeriksaan fizikal
i. utk menentukan keupayaan fizikal pemohon
ii. utk memelihara organisasi terdahap apa2 tuntutan atau tindakan undang2 bg kerosakan fizikal pekerj a
iii. utk menghalang organisas dari dimasuki penyakit berjangkit.

Kontrak pekerjaan
- nama jawatan
- tugas yang dilakikan
- tarikh mula kerja
- gaji – cara bayaran, kadar bayaran lebih masa dan kerja syif
- jam kerja, jaual kerja syif dan masa rehat
- cuti bergaji, cuti umum dan penetapan dari cuti
- pencen, epf, perkeso

- prosidur disiplin dan penyelesaian masalah, keahlian, kesatuan sekerja dan persatuan kakitangan

Thursday, March 23, 2006

Bab 3 – Pengambilan Kakitangan

Definisi pengambilan kakitangan

Flippo - merupakan proses mencari bakal calon-calon pekerja dan seterusnya meransang mereka untuk memohon jawatan yang ditawarkan oleh organisasi.

Hellriegel @ slocum – pengambilan kakitangan sebagai pencarian pekerja-pekerja samada dari dalam dan luar organisasi untuk memenuhi kekosongan jawatan. Objektif utamanya untuk mendapatkan pekerja2 yang berkelayakan tinggi dengan kos yang paling rendah.

pengambilan kakitangan adalah proses menarik seramai mungkin calon-calon pada masa yang sesuai selaras dengan aktiviti2 yang telah dirancang.


Tujuan
- untuk menggalakkan calon-calon yang berpotensi untuk memohon jawatan2 kosong yang ada dlm sesuatu organisasi.

- calon yang ramai akan meningkatkan peluang memilih calon2 yang berkelayakkan.


Sumber pengambilan kakitangan
- sumber dalaman
- sumber luaran

kesan jangka pendek – morale pekerja akan menurun

jangka pangjang – organisasi sering menafikan potensi dan kemahiran dalaman akan menghadapi masalah menarik pekerja2 baru.

Kaedah pengambilan dari sumber dalaman
- dimulakan pencarian dari data bank personel.
- memaparkan peluang2 jawatan kosong di papan kenyataan atau bulletin organisasi.
- sesuai untuk calon yang mempunyai kelayakan tertentu.

Kaedah pengambilan dari sumber luaran
i. institusi pelajaran
- sumber kakitangan baru yang baik
- akan cuba mewujudkan hubungan baik dengan institusi pelajaran

kebaikan
- sumber graduan baru
- tidak mahal dan mudah dari segi pentadbirannya
- perkhidmatan percuma dari pihak institusi

kelemahan
- calon lebih minat mendapatkan maklumat bukan memohon jawatan kosong
- terlalu ramai calon yang datang – jadual fix

ii. perkhidmatan pekerjaan awam
- kebanyakan kerajaan negeri dan persekutuan ada menyediakan perkhidmatan ini.
- mengendalikan kes2 calon yang mengganggur.

kebaikan
- calon2 dari seluruh negeri
- badan ini mempunyai tanggungawab sosial

kelemahan
- calon terdiri drp pengganggur yang tidak mempunyai pengalaman kerja

iii. agensi pekerjaan swasta
- berbeza dari segi membayar upah perkhidmatan pencarian pekerja2.
- jika menggunakan headhunter, upahnya dibayar oleh organisasi dan tumpuan pada jawatan professional.
- perkerjaan biasa akan mendapatkan upah dari pencari kerja.

kebaikan
- calon boleh ditermui secara langsung
- berguna jika majikan tidak mempunyai pengalaman dalam bidang yang khusus
- boleh ambil kakitangan dari luar Negara

kelemahan
- kosnya tinggi
- calon2 yang berpotensi dan di luar rangkaian hubungan ‘headhunter’ tidak mudah dperolehi.
- calon2 yang kekal dlm senarai headhunter mungkin dipanggil kembali.


iv. Pengiklanan
- boleh dilakukan melalui : akhbar, radio, televisyen dan internet.
- sesuai bagi jawatan teknikal disiarkan melalui akhbar.

Kebaikan
- dapat disebarkan secara meluas
- sedikit pembaziran

kelemahan
- bergantung kepada pengiklanan yang sesuai ; akhbar dan majalah dgn sasaran calon.


Faktor2 luaran yang mempengaruhi proses pengambilan kakitangan
i. peraturan dan dasar kerajaan
ii. kesatuan sekjer
iii. pasaran buruh

Faktor2 dalaman yang mempengaruhi pengambilan kakitangan
i. dasar organisasi
ii. imej organisasi
iii. syarat pengambilan kakitangan


Analisa kos faedah dalam pengambilan
i. pertimbangkan kebaikan mendapatkan pekerja-pekerja baru dari sumber luar
- mendapat idea2 baru
- mempunyai peluang yang lebih tnggi untuk mendapatkan calon yang paling layak
- dapat mengurangkan pertelingkahan dalaman
- mungkin mendapat rahsia pesaing

ii. pertimbangkan kebaikan mendapatkan pekerja-pekerja dari sumber dalam
- dapat menaikan morale pekerja
- melibatkan kos yang lebih rendah
- pekerja2 memerlukan masa penyesuaian yang lebih pendek
- penilaian keupayaan lebih menyakinkan

iii. alternative kepada pengambilan kakitangan
- menjadualkan tugas2 dengan baik
- subkontrak

- pekerja sementara

Bab 2 – Perancangan Sumber Manusia

Kepentingan Perancangan

i. sebagai asas tindakan untuk program sesuatu yang lebih strategik
ii. sebagai alat komunikasi dan kawalan perancangan
iii. sebagai penganalisa – analisa data-data dalaman dan luaran untuk proses pembentukan strategi
iv. sebagai pemangkin – timbul soalan2 yang sukar bagi mencabar pemikiran pengurus lebih kreatif

Definisi perancangan sumber manusia
- langkah2 penyediaan sumber manusia dengan mengambil alih kualiti sumber dan kuantiti sumber dan seterusnya membekalkan sumber ini tempat pasa masa ia diperlukan.

Proses penyediaan perancangan sumber manusia
- Pegawai dan kakitangan bertanggungjawab terhadap time study (kajian masa piawaian yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu tugas) dan kawalan pengeluaran.

2 faktor penting yang menjadi pertimbangan pihak perancangan sumber manusia ialah tentang kualiti dan kuantiti sumber manusia.
- menyediakan sumber manusia yang berkualiti dan tepat jumlahnya pada masa ia diperlukan.

Analisa persekitaran
- merujuk kepada persekitaran dalaman dan luaran.

Bab 1 - Pentadbiran Personel

Pentadbiran personel - merupakan satu bidang pengurusan yang melibatkan penggunaan kemahiran pekerja-pekerja secara berkesan dan seterusnya menjadikan pekerjaan itu sesuatu yang memuaskan.

Tanggungjawab pengurus pentadbiran personel :
i. menemuramah
ii. memberi ujian
iii. mengadakan kempen utk mengambil pekerja
iv. membuat keputusan tentang skill gaji
v. menilai prestasi kakitangan
vi. mengadakan latihan untuk kakitangan
vii. pengurusan kebajikan pekerja seperti kwsp, pencen dll

matlamat fungsi personel – definisi dari Flippo
-untuk memenuhi atau mencapai kepentingan objektif individu, organisasi dan masyarakat.

1. fungsi pengurusan
- perancangan
- pengorganisasian
- arahan
- kawalan

2. fungsi operatif
- usaha mendapatkan pekerja2
- pembangunan pekerja2
- ganjaran
- integrasi
- mengekalkan keadaan sedia ada – komunikasi baik, kebajikan & keselamatan
- pengasingan – pencen & kwsp

peranan pengurus personel
i. sebagai penasihat dasar dan pelaksanaan
ii. sebagai perancang
iii. sebagai koordinator dan mengawal perlaksanaan serta prosedur sumber manusia


Tuesday, February 21, 2006

cit chat...

Assalam'mualaikum....

Ermm...apa aku nak taip erk...aku sebenarnya takde idea tapi ntah ler sajer nak mengisi ruang yang dah lama aku tak kunjungi nie. korang tanya ler aku...baru ler aku tau camner nak citer....hehehe.... okla aku citerkan pengalaman aku chat kat dalam chat room ler ye... aku mula menceburkan diri dlm chat nie sejak belajar dulu...masa tu guna mirc jerk...then, aku stop sebab dah dpt keje kat sini.... masa keje lak biasa ler mula2 masuk mcm baik2 jer kan..pastu ader lak antu chat ajor aku chat guna yahoo messenger....tu yg paling lama aku chat....kadang2 bila dah dapat teman borak yg best...berjam2 chat pun tak pe....aku sure korang pun mesti pernah main chat kan.... itu sebenarnya cara perbualan yang agak baik kalau betul2 dimanfaatkan.

tapi biasa ler remaja skrg nie...takat2 nak enjoy and fill up masa jerk... masa keje nie ler aku mula berani jumpe chatter...macam2 perangai aku jumpe...tapi tak semua chatters tau...seingat aku ader ler lebih kurang 5 orang kot... itu pun selepas melalui pelbagai tapisan keselamatan kasar dan halus...hehehehehheh.... pendekkan citer chtatters nie semua okler...ader yg baik dan ader yg tak...yg kureng baik tu...takde ler aku nak jumpe kan. cuma kawan chat nie senang dapat senang hilang....itu je la.... tapi ader beberapa kawan chat yang aku masih contact lagi...kiranyer betul2 kawan sejati ler tuh....bahaya nyer chat nie...ia boleh melibatkan soal hati dan perasaan tau... itu je la...kalau tak betul membawakkan....kite ler kena tanggung. so, pesan aku...hati2 ler kenal org....dlm chat room nie macam2 ada.....muahhahahaha...

aku tak pernah ler melibatkan diri dalam soal hati dan perasaan tapi ader gak member opis aku yang sangkut ngan chatters dia...tapi nasib baik ler chatters dia tu baik...itu mungkin dah jodoh dia kan...saper leh agak...ye tak? namun, zaman chatting tu semua dah berlalu....aku sedar ia banyak membazirkan masa aku....ye la keje opis ntah ke mana..asyik dok chat jerk...aku pun mula ler insaf...heheheh...kira dah hampir setahun lebih kot aku tak chat...aku jadi lebih bertanggungjawab...muhahahhaaaaa...

so, pengajaran nyer ader baik dan buruk nyer...terpulang ler pada individu.....cuma aku bersyukur ler at least aku dpt ler tambahkan kawan....muhahahhaa....ader gak ler kawan chat yang boleh membantu aku....dlm hal belajar ker...ader sorang kawan chat nie...sanggup pinjamkan buku dia belajar anto kat umah aku lagi...baiknyer dia...moga dia dipertemukan jodoh yang baik gak sama cam dia....pesan terakhir aku...pandai2 ler bawa diri..sebab kite dah besor bukan budak2 lagi....muhahhahahahaaaaaa.....pesanan nie utk diri aku gak...moga esok lebih baik dari semalam.....adiossssssss......

Friday, December 23, 2005

bosan tahap cipan...

ujung tahun nie...biasa nyer org dok abiskan cuti yang ada....bg yg dah ader keluarga masa ni ler nak pegi picnic ker jalan2 ker ngan anak2 masing2...bagi yang bujang lak....lebih suka kuar date ngan pakwe dan makwe....atau balik kampung sebab mak bapak dah bising lama tak balik....hehheee......begitu la jua situasi kat opis aku skarang nie...ramai yang bercuti terutama nyer boss2...tinggal ler dua tiga kerat jer yang masih bekerja...termasuk la aku....tapi aku tak leh cuti sebab cuti cuma tinggal sehari jer....tu nak stand by kot2 ader emergency.... masalanyer keje tak leh jalan gak sebab takde boss yang nak sain surat takde boss nak jawab panggilan2 penting...aduss..kenapa ler mereka berpakat cuti lama2 erkk... yang nahas nyer kulitif cam aku nie.. tahun depan aku kena jimat cuti sket...tak nak ler jadi cam tahun nie.. ni semua bukan apa aku banyak guna cuti untuk belajar, exam dan sebagainya....

tapi aku tetap kena balik ujung tahun nie sampai awal tahun depan...nak menguruskan hal persekolahan adik2 aku lak...nasib baik ler aku keje tak de la jauh sgt putrajaya - kg aku... cuma 3 jam lebih jerk... kalau ader keta sendiri mesti kurang dari tu.....tapi bila aku nak ader keta sendiri ??? tunggu je la....kalau ader rezeki...tapi aku nie banyak sgt benda nak kejar dalam satu masa...aku nak kumpul harta....ceh...konon2 nyer nak beli rumah ler...nak guna loan gomen...nak beli itu..beli ini...memacam ler lagi....sampai aku pun pening mana satu yang aku perlu utamakan dahulu....ekonomi aku pun tak berapa stabil lagi...kalau ler aku nie sorang laki yang kuat bekerja...aku mesti cari keje part time...jaga ker....orait gak...

macam ner erk...nak menjana ekonomi sendiri? masalah tu....sebab makin lama makin maju....duit sepoloh ringgit tu...macam dah jadi seposen nilainya....kalau seribu ringgit orang boleh belanja dalam masa sejam jekr....kalau bagi aku pun...aku tau apa nak beli....hehehee....... cam kat opis nie....kalau breakfast kena sedia dalam 5 ringgit...lunch lagi ler dekat2 10 ringgit gak tu....abis tu kalau sehari berapa lak belanja....tak ker pokai... untuk jimatkan duit bawak ler bekal pada sesiapa yang rerajin tuh...untung ler mereka....hehehe....

ni aku tgh bosan ler tahap gaban dan cipan...boss aku semua takde...nak wat keje pun tak leh....takde sape nak sain....malas ler...cam nie hari2 bosan gak...oklah....cau dulu.......bubye

Friday, December 16, 2005

seindah biasa - ct nurhaliza

Jangan pernah takut ku tinggalkan
saat bintang tak mampu lagi berdendang
saat malam menjadi terlalu dingin
hingga pagi seindah biasanya

korus
takkan mungkin kita bertahan
hidup dalam bersendirian
panas terit hujan badai
kita lalui bersama

saat hilang arah tujuan
kau tahu ke mana berjalan
meski terang meski gelap
kita lalui bersama

ku tak bisa merubah yang telah terjadi
tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
agar kita tak pernah menjadi jauh
meski beza dermaga untuk kita berlabuh

ulang korus

pernah kita jatuh
mencuba berdiri
menahan sakit dan menangis
tapi erti hidup lebih dari itu
dan kita mencuba melawan

ulang korus 2x

Tuesday, December 13, 2005

dua dunia

Siti Nurhaliza
Kau selalu di hati
tak ku dekati
dua dunia kita berbeza (2x)

Too Phat
Cinta itu buta
dan juga boleh membutakan
melukakan dan sukar untuk kita lupakan
Aku cinta padamu
(Aku cinta padamu)
hanyalah ungkapan
luahan yang jarang bermakna bila diucapkan
Ini pula cerita cinta sang pujangga
bukan arjuna sita
bukan cinta dan rangga
Mungkinkah khayalan akal mainan minda
Atau lamaran puitis
dengan hasrat yang indah
Kau selalu di hati
(Kau selalu di hati)
tidak ku dekati
sentiasa ada mata jahat yang memerhati
Tapi ku tak runsing
tidak mungkin rindu
ku pusing lihat wajahmu di setiap penjuru
Senyuman di kaca
kisah mu ku baca
Perjuangan kita sama duka mu ku rasa
(Perjuangan kita sama duka mu ku rasa)
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu (Kerna ku tahu dua dunia)
Dua dunia kita berbeza

*repeat Siti Nurhaliza verse

Too Phat
Suka di kala malam termimipi-mimpi
(termimipi-mimpi)
Rindu di kala siang mencari-cari
(mencari-cari)
Kasih sebenar tidak bertukar
tidak sebentar
walau dipisah lautan direnangi gelora
Dan kadangkala
hanyut bagaikan buah ara
malu sering bersua tapi jarang bersuara
Kenapa bercinta
jika kesudahannya pasrah
Kerana bila dilamun indahnya tidak terkata
Tersimpan hasrat
tiada siapa yang mengerti
Harapan menggunung sampai penghujung dinanti
Dipegangkan janji
tetap ratu di hati
Dengan izin tuhan kan bersama kapan hari pasti
Sabar menanti
Kesabaran diuji
Berdoa dalam sujud sejadah ditangisi
Aku pasrah saja pada yang Esa
Kerna ku tahu
Dua dunia kita berbeza

*repeat Siti Nurhaliza verse

Too Phat & Siti Nurhaliza
Perjuangan seni kita tidak berpenghujung
Jangan tinggal batu bernama tak berpengunjung

Too Phat
Cabaran menikam
kau tidak pernah bermurung
Tetap tersenyum
walau kesedihan menyelubung
(walau kesedihan menyelubung)
Bukan rupa paras mu yang jadi ukuran
Atau suaramu yang jadi bahan tuturan
Ku bukan mahu hubungan tapi kejujuran
Hadiah sepatah dari mu satu kesyukuran
(sepatah dari mu satu kesyukuran)
Tapi bila bertentang mata
tidak terbentang kata
(Kata apa saja)
iya tapi tentang apa
(iya tapi tentang apa)
Wajah mu yang cantik
Manis lagi
Senyuman sepasti mentari timur tiap pagi
Realiti sukar diatasi
Tapi kesudahan indah harus bermula dengan fantasi
(Fantasi)
Ku rasa terhoyong-hayang
Antara dua dunia
(Antara dua dunia)
Biar khayalan ku melayang
(Biar khayalan ku melayang)

*repeat Siti Nurhaliza verse


Monday, December 12, 2005

tak bisakah - peterpan


hatiku bimbang
namun tetap fikiranmu
selalu, selalu dalam hatiku
ku melangkah
sejauh apapun itu
selalu, kau di dalam hatiku

ku berjalan
berjalan memutarkan waktu
berharap temukan sisa hatimu
mengertilah
ku ingin engkau begitu
mengerti, kau di dalam hatiku

tak bisakah
kau menungguku
hingga nanti tetap menunggu
tak bisakah
kau menungguku
menemani dalam hidupku

dara, kau menjadi hidupku
ke mana kau tahu isi hatiku
tunggu sejenak aku di situ
jalanku jalan menemukanmu

Thursday, December 08, 2005

impian dan harapan...sama atau berbeza..


Assalammualaikum...w.b.t.....


bercakap pasal impian dan harapan...apa maksud sebenarnya nyer erk..? adakah sama atau berbeza...dari segi apa? pada pandangan aku...impian adalah sesuatu yang terlalu jauh untuk digapai...namun, boleh digapai jika benar2 berusaha. harapan pula....sesuatu yang kita harapkan pada diri sendiri atau pun orang lain. harapan mungkin boleh berlaku dalam masa yang terdekat sahaja. aku percaya setiap orang dan manusia yang bernyawa dalam dunia nie mempunyai impian dan harapan masing2...selalunyer kita akan mengimpikan dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari sekarang. begitu juga aku....

sejak kecil aku dah bina impian dan harapan sendiri....mungkin situasi dan keadaan keluarga aku yang serba kekurangan...membuatkan aku cepat matang dan berfikir seolah-olah aku telah dewasa ketika itu. aku selalu memikirkan masa depan aku dan keluarga.... lahir dalam kerluarga yang serba kekurangan dan adik-beradik yang ramai membuatkan aku...berfikir..apakah nie takdir yang ditakdirkan ke atas diri aku...apakah ini dugaan yang harus aku hadapi. pernah dulu, sewaktu aku kecil...dalam lingkungan sekolah rendah ler...aku pernah bertanya dalam diri...kenapa aku dilahirkan ke dunia nie..kenapa aku dilahirkan dalam keluarga yang boleh dikatakan susah ketika itu. kenapa harus aku yang hadapi semua nie? tapi bila aku kenangkan cerita ustazah kat sekolah...tak baik kalau kita salahkan takdir...seolah-olah kita menyalahkan Allah s.w.t yang mencipta kita ke dunia nie. tiba2 jer rasa sesal tu timbul dan berdosa aku mempersoalkan kejadian aku sebegai manusia di dunia ni.

aku terus berazam dan berfikir bagaimana nak memajukan diri sendiri dan sekali gus keluarga aku... aku belajar dengan sungguh2....aku tak nafikan aku adalah kanak-kanak yang kurang pandai di bangku sekolah rendah dulu...aku selalu kena marah ngan cikgu english....sebab tak pandai dan tak siapkan keje sekolah. namun, segala nyer berubah...bila aku dapat seorang cikgu yang betul2 memahami keadaan aku....aku tak mampu nak bayar yuran sekolah dan macam2 lagi...masa tu aku darjah 5...tiba2 keputusan peksa aku boleh dibanggakan ler... semua nyer atas dorongan cikgu rosli...cikgu yang paling aku sayang...tapi kegembiraan tu tak lama...cikgu rosli bertukar ke sekolah lain...bila aku sudah menjejakkan kaki ke darjah 6...dan waktu yang sama juga...kawan baik aku...meninggal dunia akibat penyakit yang aku sendiri tak tau... aku takde kawan rapat...mungkin sebab aku malu nak bergaul ngan orang lain..yang lebih pandai dan berduit dari aku. aku betul2 seorang budak pemalu di waktu itu. kalau ader duit arwah mak cuma bagi 20sen jer untuk aku belanja... tapi selalu nyer aku bawak bekal tak pun aku balik umah....sebab sekolah ngan umah aku sebelah jerk.

oklah...sambung nanti.....aku nak wat keje lak nie....

Monday, December 05, 2005

wajah....untuk renungan kita bersama...

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira

Monday, November 07, 2005

SeLaMaT HaRi RaYeR....

Assalamualaikum...

ermm...aku nak wish selamat hari rayer kat korang2 sumer yang membaca blogs aku yang tak seberapa nie... citer pasal rayer...rayer taun nie...tak berapa best...pepagi rayer aku dah mengalirkan airmata....sedih mengenangkan arwah mak yang telah 5 tahun pergi tak kembali...dan sedih mengenangkan nasib adik2 yang berayer tak seperti dulu. kalau dulu...malam rayer jer kiteorang dah siap2 rebus ketupat...masak itu dan ini. tapi sejak 5 tahun nie, cuma aku jer yang selalu balik awal sket dr abang2 yang lain...maka, takde apa ler sangat persediaan yang dibuat. ketupat pun....cap nona jerk...balut palstik...takde lagi daun kelapa. masak pun pagi rayer baru sibuk nak masak2... abang2 aku lak ada pagi rayer baru balik...nasib baik ler diorg ingat gak nak beraye kat kg...

time macam nie ler...akan kedengaran suara aku..melaung nama adik2 suh buat keje...kalau dulu...arwah mak yang selalu agihkan kerja2 umah pd kami adik-beradik. dan skrg nie aku lak ambik alih jd mando mcm kat dlm estet tuh.. berat seh tanggungjawab ni...kadang2 aku terfikir tak sanggup lagi nak tanggung semua nie...tapi apa boleh buat...dah jadi tanggungjawab aku...sebagai kakak. aku menangis sorang2 dalam bilik...sedih giler punyer pasal...depan adik2 aku...wat2 kebal jerk...tiap2 tahun cam nie ler...bonus yang aku dapat tu...akan ku beli baju rayer untuk adik2....segala2 persiapan rayer...kuih rayer...

aku tak pernah menyesal dengan apa yang terjadi pada aku...malah aku bersyukur...at least aku dah pandai nak menguruskan keluarga dan adik2 aku walau tak setanding arwah mak. cuma aku masih mencari kebahagiaan yang lebih untuk kami sekeluarga...maksud aku...ekonomi yang lebih stabil... aku cuma sbg kerani jerk..berapa ler sgt gaji aku sebulan...nak memenuhi semua keperluan dan kehendak adik2 aku...aku rasa mustahil tapi aku cuba yang terbaik...dan aku harap suatu hari nanti...apabila mereka dewasa....diorg akan kenang pengorbanan aku dan abg2 yang lain. aku tak pernah bermimpi untuk hidup mewah cuma aku mahukan kualiti hidup yang lebih baik dari sekarang. bukan untuk aku...tapi untuk adik2 aku...

pagi rayer...cam biasa lepas sembahyang raya...kami adik-beradik pergi ke pusara arwah mak...kat situ...aku raya mcam nak menangis...tapi ku tahan...aku tak nak nampak lemah dpn adik2 aku...walau sebenarnya aku mmg seorang yg lemah. aku teringat kembali memori saat2 terakhir bersama arwah mak....dia pergi di bulan ramadhan...seminggu sebelum hari rayer...14 Disember 2000 tarikh keramat bagi keluarga aku...mak pergi selepas laungan azan maghrib menandakan masuknyer waktu berbuka puasa....tepat jam 7.15 mlm (hari khamis malam jumaat). masa tu....rasa luruh jantung aku...lemah sendi2 aku...aku tak berdaya untuk menangis lagi....abis airmata ku.... yang pergi tetap takkan kembali...malam tu...aku cuma berbuka dgn air jer....arwah mak dikebumikan pada keesokan harinya...Al-Fatihah...

Wednesday, September 21, 2005

sufi - damasutra

sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
biar rebah di hina kau tak berubah

kau menguasai selautan
yang tersembunyi di genggaman
nafi dan isbat kau sandingkan
sebagai tali pegangan

sufi kau hilang di pandangan
ada di dalam kenikmatan
engkau dan dia pasti tidak akan terpisah
andai tertutup tirai sufi
yang terang tidak nampak terang
inilah seksa menyakitkan sepanjang jalan

inginku tempuh titianmu
dari kekasih ke kekasih
pengabdianku bersamamu kasih
biar rebah di hina kau tak berubah...

Monday, September 19, 2005

nasib seorang kulitif...

ermm...aku nak melepaskan rasa ketidak puashatian aku nie....pasal boss aku ler. ade ker patut dia marah aku ari tu...mmg tak patut sebab aku rasa bukan salah aku...mmg ternyata salah dia...biasa ler boss mana nak mengaku kesilapan sendiri...pastu aku lak boleh balas cakap dia....mana tak dia lagi marah...muahahaha....puas hati aku...pastu bila dah reda sket...dia pesan kalau boss marah jangan melawan....diam jer...itu salah satu cara untuk offcier lepaskan tension...oooooo......dia ingat officer jer tau tension....walhal orang bawahan nie lagi ler tension ngan keje yang tak pernah habis...diorg tu...keje sket dah merungut...itupun ngan bantuan org bawahan...gaji lak nak lebih....kalau pasal elaun tanggung keje ker...apa ker...cepat jer nak suh kerani buat....makin banyak duit makin banyak hutang..itu ler keje diorg...

kadang2 aku rasa aku nyer keje sama level ngan officer nyer keje..apa tak nyer kita yang kena buat segalanya...tapi diorg gak yang dapat nama...tapi ari tu aku mmg sedih...tak pernah aku sedih cam tu pasal keje...kalau kena marah ngan cc yg berangin tu pun...aku tak pernah sesedih nie...rasa terhina dan daif sangat. oleh itu, aku berazam akan buktikan kepada mereka....golongan kulitif nie pun boleh berjaya...dengan usaha dan titik peluh sendiri...eleeehhhh....diorg dulu pun masuk 'U' parent's yang tanggung....tapi aku akan buktikan dengan usaha dan duit aku sendiri... bila aku dah geram sgt...aku ckp kat dia....tunggu ler sy jadi golongan eksekutif nanti....baru ler boleh bongkak sket....tapi jauh dari lubuk hati aku...aku tak berniat pun berkata begitu....semua secara spontan...bila emosi menguasi diri...cam tu la jadinya...Ya..Allah...sesungguhnya aku memohon ampun dan keredhaan dari Mu.